Rabu, Mei 26, 2010

Yassin Pra Universiti dan Majlis Kesyukuran

Hari ini berlansung majlis bacaan Yassin dan sambutan harijadi dan kesyukuran siswa dan siswi Pra U yang lahir pada bulan Mei. Majlis hari ini lebih meriah kerana ia turut disertai oleh siswa dan siswi Pra U 1. Bagi mereka ini merupakan kali pertama mereka menyertai majlis ini sejak mendaftarkan diri di SMK Pasir Gudang 2. Di harap agar ia menjadi tradisi Pra U setiap tahun dan semoga kita beroleh keberkatan dari majlis ilmu seperti ini selain dari mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pengajar Pra U.

Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz baru kita..
Sebilangan pelajar 'junior' yang sedang khusyuk mendengar kata-kata Ustaz Azam

Ini pula barisan siswi 'junior' yang turut hadir

Sedappp....Kek Blueberry  Fresh Cream..ada pengajar yang sponsor...!!

Ini pun sponsor....dari pelajar

Barisan pramusaji yang setia  berkhidmat

Sebahagian lagi siswi Pra U1

Sedap tak??? Tanyalah mereka ni...


Ini lah siswa dan siswi yang meraikan hari lahir pada bulan Mei....semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala-galanya dunia akhirat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback