Khamis, Januari 12, 2012

Tazkirah Harian Pra Universiti

'Amanah'- begitulah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azam Darusa pagi ini. 
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud :
" Maka tunaikanlah oleh orang yang diberi amanah itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya"
Berdasarkan daripada firman Allah yang dipetik, ia menjelaskan kepada kita bahawa amanah adalah sifat mukmin sejati. Orang yang sempurna imannya akan memiliki sifat ini. Tetapi sejauh manakah kita menunaikan amanah yang diberikan kepada kita. Misalnya kita telah diamanahkan belajar dan menuntut ilmu di sekolah tetapi  adakah kehadiran kita ke sekolah disertai dengan niat untuk menuntut ilmu dan dengan rasa penuh tanggungjawab kita melaksanakannya? Begitulah antara soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Azam kepada siswa dan siswi pra universiti pada sesi tazkirah pagi ini. Banyak lagi topik-topik menarik yang bakal menjadi santapan minda para pelajar yang hadir awal ke perhimpunan. Bagi yang ingin menyertai bacaan Al-Ma'thurat silalah hadirkan diri ke tapak perhimpunan seawal jam 7 pagi setiap hari bagi menyertai aktiviti ini. Semoga anda semua beroleh barakah, dipermudahkan dan dibukakan hati untuk menerima ilmu setiap hari.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback