Jumaat, Disember 09, 2011

Mengimbau kenangan Majlis Gemilang II

Majlis  tahun ini diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang yang bertemakan 'Glamourous Blue'. Saksikan gambar-gambar berikut yang sempat dirakam sebelum dan selepas majlis.

















Rabu, November 16, 2011

Selamat Menempuh STPM






         
 Ustaz Azam, guru jurusan Syariah disamping orang2 kuatnye..
        


 Cik Baizura yang begitu rajin sekali melayan tetamu makan.
 Sedap ke kek tu cikgu??
 Keratan rentas kek ...hmmm lemak berkrim. 

Hari ini wakil pelajar Pra U2 Syariah telah menjemput guru-guru pra u ke jamuan 'mini' kelas mereka sebelum menduduki STPM. Biarpun serba ringkas tetapi ia amat bermakna sekali bagi pelajar jurusan Syariah sebagai pembakar semangat bagi mereka menempuhi peperiksaan STPM yang akan bermula pada Isnin depan. Kami tenaga pengajar mengucapkan selamat maju jaya dan 'good luck' kepada semua pelajar Syariah serta kami mendoakan kejayaan buat mereka semua. 


Khamis, November 10, 2011

RESTU STPM

Hari ini merupakan hari pelajar pra u memohon maaf dan meminta restu dari tenaga pengajar sebelum menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan STPM minggu hadapan. Suasana syahdu menyelubungi Dewan Mawar Gemilang tatkala alunan selawat berkumandang dan pabila tangan dihulur kemaafan terpancarlah keinsafan di wajah para pelajar... Semoga perjuangan direstui dan semoga kejayaan mengiringi setiap langkah mereka.


Gambar-gambar pra majlis restu:




Gambar-gambar sewaktu program restu :












Khamis, November 03, 2011

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRAUNIVERSITI NEGERI JOHOR (ZON SELATAN) 2011

Pada 15 Oktober 2011 yang lalu seramai 8 orang tenaga pengajar pra universiti telah menghadiri kursus profesionalisme bertempat di Dewan Seminar Jabatan Pelajaran Johor, jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini diadakan untuk memberikan input kepada semua tenaga pengajar pra universiti berkenaan dengan halatuju pra universiti, pelaksanaan kajian dan penulisan ilmiah, pengurusan kokurikulum, folio dan lain-lain. Dengan menghadiri kursus seumpama ini guru-guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme diri dalam  memantapkan pengurusan pra universiti SMKPG2, insyallah.
Berikut adalah gambar guru-guru kita di sewaktu kursus tersebut.














Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback