Khamis, Mei 13, 2010

SELAMAT DATANG PRA U 1

Selamat Datang dan selamat menempuh kehidupan serba baru sebagai pelajar Pra U di SMKPG2. Ketika menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah ini, sedar atau tidak anda sebenarnya berada selangkah ke menara gading, tercapaikah cita-cita ke menara gading itu??? Semuanya terletak di bahu anda...tepuk dada tanya selera.
Telah diingatkan berulang-ulang kali, ini adalah 'medan' bagi mereka yang mempunyai daya tahan yang kuat, yang mampu menepis segala godaan yang datang serta memiliki hati yang terbuka sewaktu menerima teguran dan nasihat serta tidak cepat melatah. Jikalau anda tidak boleh menerima semua ini, dan jika hanya berada di sini untuk memberi masalah kepada semua, lebih baik anda tinggalkan medan ini sebelum ia menyesakkan nafas anda serta nafas seluruh warga  Pra U yang ada di sini.
Terdapat banyak jalan yang terbentang luas di hadapan kita, maka buatlah satu pilihan yang tepat untuk diri anda...pilihlah jalan yang sesuai dengan kebolehan serta minat anda.....Maka fikirlah...dengan semasak-masaknya.

Seandainya anda telah berazam untuk berada di medan ini selama satu setengah tahun, maka persiapkanlah mental, fizikal dan lakukanlah satu anjakan paradigma sebelum anda meniti titian kehidupan  sebagai Pelajar Pra Universiti di SMKPG2 yang ternyata penuh dengan cabaran serta onak duri yang bakal menyakitkan anda.

Buatlah satu perubahan....mulakan dengan revolusi ketrampilan fizikal - dari yang comot, selekeh dan tidak terurus kepada yang kemas,segak dan bergaya. Barulah anda layak di hormati oleh pelajar menengah rendah yang lain serta di jadikan contoh buat mereka.

Uruskan masa dengan baik!!! Tangani kerenah peribadi anda yang menjengkelkan itu. Kerana itu semua tidak perlu anda tonjolkan di medan pertempuran ini. Mereka yang gagal menguruskan masa serta tidak menghormati masa adalah golongan manusia yang akan sentiasa berada dalam kerugian.

Dalam meniti arus kehidupan sebagai siswa dan siswi Pra Universiti, terlalu banyak yang perlu anda pelajari, kutiplah setiap pengalaman anda di sini sebagai satu bentuk pengajaran yang bakal anda buat bekalan dalam menempuh hari-hari akan datang masa depan anda.....

Salam Ikhlas : BLOG MASTER PRA U

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback