Jumaat, April 30, 2010

Majlis Bual Bicara Pra Universiti

Satu program berbentuk perjumpaan bersama ibu bapa pelajar-pelajar Pra U telah diadakan pada 10 April 2010. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Penolong Kanan Pra U diikuti Audit Akademik STPM yang memaparkan keputusan peperiksaan dan pencapaian pelajar Pra U2. 
Selain dari itu, penceramah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pasir Gudang 2, Pn Surieyani Shamsudin telah mengisi slot Bual Bicara bersama ibubapa dan membicarakan tentang 'Kemanakah Anak Anda' selepas peperiksaan STPM. Melalui input yang diperolehi dari Unit Penilaian dan Peperiksaan Pra U, prestasi pelajaran anak-anak dipaparkan dan dimaklumkan kepada ibu bapa. Antara tujuan diadakan majlis ini adalah agar ibu bapa memainkan peranan dan turut serta memantau pencapaian anak mereka dalam palajaran memandangkan kemerlangan keputusan STPM merupakan kriteria penting dalam menentukan halatuju anak-anak mereka selepas ini.
Ramai ibu bapa yang prihatin hadir pada hari tersebut dan telah dialu-alukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Pra Universiti.




















Adalah menjadi harapan agar SMKPG2 dapat memperbaiki keputusan STPM yang lalu serta melahirkan graduan Pra U yang berkualiti di tahun-tahun akan datang.

Selasa, April 06, 2010

Minggu Teknik Pra Universiti

Jabatan Teknik Pra U telah menganjurkan Minggu Teknik yang bertema
"Keushawanan Pemangkin Pembangunan Negara"
 pada 22 hingga 26 Mac 2010 yang lalu.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Kuiz Perakaunan, Puzzle Box, Meneka Jumlah Syiling, Teka-Teki Jutawan, Silangkata Keushawanan dan lain-lain. Penyertaan dari pelajar dan guru-guru amat menggalakkan.
Semoga aktiviti ini  dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap subjek-subjek di bawah Jabatan Teknik Pra U.




Khamis, April 01, 2010

Seminar Kerjaya UM & Prospek

Tarikh : Sabtu 27 Mac 2010
Tempat : Politeknik Johor Bahru
Masa : 7 pagi - 3 petang
Bilangan peserta : 20 orang

Satu seminar berkenaan kerjaya dan halatuju selepas STPM telah diadakan di Politeknik JB. 20 orang peserta Pra U yang terpilih telah mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh Universiti Malaya berkenaan kesesuaian kerjaya , laluan-laluan ke IPT dan pinjaman/ biasiswa yang ditawarkan.

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback