Jumaat, Februari 05, 2010

Hari Keluarga MPPU di STARHILL,KEMPAS (15.10.09)


Hasrat MMPU untuk mengadakan satu program yang dapat merapatkan ukhuwah di kalangan warga Pra U1 dan 2 menjadi kenyataan pada hari ini. Berkonsepkan santai dan ceria, program 'senior-junior bonding' ini diadakan di sebuah lokasi taman tema air di Kempas iaitu StarHill Golf and Country Resort.
Pelbagai aktiviti telah diadakan, semuanya berbentuk santai dan telah disertai oleh tenaga pengajar dan semua pelajar Pra U. Sepanjang program ini berlansung, team MPPU yang diterajui oleh presidennya saudara Mohamad Fazril sentiasa memastikan agar masa kami diisi dengan aktiviti yang padat dan seronok....hilang tension sekejap....!
Harapannya agar di tahun akan datang aktiviti seumpama ini dapat diteruskan agar hubungan yang lebih baik dapat diwujudkan diantara  pelajar Pra U1 dan 2 dan dapat dikekalkan demi memantapkan organisasi MPPU.
Kepada semua tenaga pengajar yang turut serta, kami amat beruntung kerana semuanya sangat 'sporting'. Kemana agaknya destinasi kita tahun depan???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback