Khamis, Februari 28, 2013

MINGGU TEKNIK PRAUNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2





Tahniah kepada Jabatan Teknik yang telah berjaya menganjurkan Minggu Teknik pada 11 hingga 15 Februari2013. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi merangsang minat pelajar dalam mempelajari subjek Perakaunan, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.
Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Silangkata Usahawan, Teka Syiling dalam balang, Pertandingan Power Point, Kuiz Spontan, Petandingan Usahawan dan Kuiz Kewangan.

CUBA UJI MINDA ANDA..CARI NAMA 10 JUTAWAN MALAYSIA (jangan cari nama anda memang belum ada)



Ketua Jabatan Kemanusiaan Pn. Noraini Mohd Hanapiah merasmikan
Minggu Teknik 2013

Cuba teka berapa RM yang dalam botol susu 'giant' ni...

Besarnya botol susu.. Anak cikgu punya ke? 

Yes!!Dah siap...Mesti aku yang menang!!

Tengah kira pun sempat senyum..Kurangkan stress!!
Poster Menu Jualan sempena Minggu Teknik 

Pasta Fetucinni.. Italian gitu....
Buat 'Powerpoint' ke buka mukabuku..?

Tahniah!! Kepada para pemenang..




SUNTIKAN HPV DOS KE 3




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pengumuman ditujukan khas pada bekas pelajar atau pelajar Pra U SMK Pasir Gudang 2 yang lahir pada tahun 1993.(Perempuan sahaja). Anda boleh dapatkan dos ke 3 
di Klinik Nur Sejahtera, Johor Bahru pada 4 Mac 2013. 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 07-5588204 





Khamis, Februari 07, 2013

JPAM Lagi....

Mari Belajar Ikatan..
Bengkel JPAM 5 Februari.
Jenis-jenis ikatan..Ada yang sama tak?

Mula-mula...Lepas tu..

Ikatan sama.. Tapi jadi lain-lain ..Macamana tu?

Yes!!! I can!!

Posing.. Tapi mana ikatannya?

MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejatera,

Masa berlalu begitu pantas sekali..tup..tup dah bulan Februari. Kadet Pertahanan Awam telah 4 kali menjalankan aktiviti. Seronok melihat kadet-kadet begitu komited menjalani latihan. Diantara aktiviti yang telah dijalankan , Bengkel Pertolongan Cemas, Berkawad dan Bengkel Ikatan. Tapi yang paling best adalah 'trip' ke Melaka pada Ahad 3 Februari yang lepas. Misinya adalah untuk menghadiri pelancaran "My Beatiful Malaysia". My Beautiful Malaysia Day merupakan satu lagi inisiatif baru daripada kerajaan di bawah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) dalam menceriakan persekitaran negara. Sesuai dengan tema tersebut, maka tarikh 3 Febuari akan dicadangkan sebagai Hari Sukarelawan Negara. Dari sebelum subuh pelajar telah mula berkumpul disekolah. Selesai subuh, tunggu..punya tunggu punya tunggu Pukul 7.30 pagi baru bas sampai. Perjalanan  masih jauh... Perut lapar ...Pergi sarapan dulu... Sampai Melaka..........................
Dari sebelum subuh dah ada di sekolah..semangat!!
Sila beratur..Jangan rebut-rebut...

Dapat duit saku RM10 lagi....

Dah sampai Melaka...Datuk Wira Ali Rustam...Kenal ke tak kenal?

Habiskan duit RM10?

Kalau pakai baju melayu macam dia orang ni. Aku lagi kacak!!

Di Kiosk JPAM ...

Sampai ke sekolah dengan selamat..Alhamdulillah

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback