Khamis, Ogos 26, 2010

Merdeka & Ramadhan Part II

  
Hari ini merupakan hari ke 16 hari kita menjalani ibadah berpuasa.  Suasana di sekitar blok Pra U semakin meriah dengan gantungan dan hiasan sempena menyambut lebaran dan kemerdekaan akan datang. 
Berikut adalah gambar-gambar suasana di blok 
Pra U....




































Sabtu, Ogos 21, 2010

Semangat Patriotik

Minggu ini tenaga pengajar Pra U seronok melihat siswa dan siswi Pra U yang bersemangat sekali menghias kelas masing-masing sempena Bulan Kemerdekaan. Gigih sungguh mereka ni..sampai sanggup bawa peralatan dari rumah semata-mata untuk mencantikkan kelas.  
Tapi...jangan pulak terlalu asyik menghias kelas sampai terlupa untuk menghayati dan mensyukuri nikmat dan erti kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak sekian lama...ok?!






















Sketsa Minggu Sains Sosial



Syabas dan tahniah di ucapkan kepada anak-anak didik Pra U1 yang berbakat dan kreatif kerana telah mempersembahkan sketsa yang lucu dan menghiburkan sempena pelancaran Minggu Sains Sosial dan Bulan Kemerdekaan 2010. Jalan cerita yang tidak meleret serta mesej yang mudah difahami beserta pelakon-pelakon yang menjiwai watak amat mencuit hati kami yang menonton sketsa ini.
Mungkin di waktu-waktu akan datang anda akan di beri peluang untuk berlakon lagi....???!! manalah tau, mungkin dari sinilah tercungkilnya bakat-bakat terpendam anak- anak Pra U1 ....semoga anda semua terus berusaha menghasilkan yang terbaik dan bermutu.

























Rabu, Ogos 04, 2010

Inspirasi Ku...

Pembentangan Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun (Setara) Pra Universiti telah menampilkan beberapa orang Pelajar Cemerlang Pra U2.
Sewaktu pembentangan ini, semua pelajar Pra U1 dan 2 telah di maklumkan tentang keputusan yang telah dicapai serta nama-nama pelajar cemerlang setiap daripada setiap jurusan.
Puan Hamizah Ibrahim selaku Setiausaha Peperiksaan telah memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai peratus pencapaian matapelajaran, peratus kelulusan, TOV, ATR serta ETR bagi STPM 2010.
Dapatkah kita mencapai sasaran kita???
Segala-galanya terletak di tangan anda!!!
Usaha + Doa + Tawakkal adalah kunci untuk mencapai apa yang kita mahu.

*Slide show berikut memaparkan barisan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai sumber inspirasi anda!






Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback