Selasa, Februari 14, 2012

Khidmat Masyarakat

Pada 11 Februari 2012 baru-baru ini, kami pelajar-pelajar pra u melakukan khidmat masyarakat membersih dan meratakan tanah di kawasan tapak perhimpunan kami. Seawal jam 7.30 pagi kami telah mula melakukan kerja-kerja mengangkat batu-batu besar, menggali tanah dan mengalihkan batu-batu besar ke kawasan yang sesuai. Dengan bantuan sebuah lori, tanah dari kawasan perumahan guru telah berjaya diangkut dan diratakan. Tujuan khidmat masyarakat ini diadakan adalah supaya suasana di kawasan tapak perhimpunan kami lebih ceria disamping menjadikan tapak untuk projek 'tenggek ayam' yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. 







Jom Singgah Di Laman Pra U

Penat? Stress? Jom hirup udara segar di sekitar laman Pra U yang masih dalam proses penambahbaikkan dari masa ke semasa. Insyallah, akan bertambah cantik ... Terima kasih kepada jurusan Pra U2 Syariah kerana menjaga pokok2 di laman ini.






Jumaat, Februari 03, 2012

Kami Dapat Baucar!!!

Seronok bukan kepalang hari ini...maklumlah hari ini adalah hari penyerahan Baucar Bantuan 1 Malaysia kepada semua pelajar pra u. Semua nampaknya tersenyum je sejak pagi....tentulah kan? Dapat hadiah dari kerajaan Malaysia, siapa yang tak 'happy'?...asalkan tau dan bijak belanjakan baucar tersebut barulah dapat manfaat dari pemberian tu. Beberapa perkara yang harus diingat (pesanan PK Pra U,Pn Sanisah) pemberian ini adalah 'one off' bermakna bukan diberikan setiap tahun kepada pelajar, selepas serahan baucar dibuat,pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan baucar, pelajar dilarang sama sekali menukar baucar dengan wang tunai, nama dan i/c pelajar telah tercatat dan ia sah digunakan dikedai-kedai yang mempunyai label "Menerima Baucar BB1M" dan akhir sekali baucar ini sah digunakan sehingga 31 Mac 2012.
Hmm....pandai-pandailah pelajar semua menggunakan baucar ini sebaik mungkin. Yang eloknya buatlah senarai keperluan dan buku-buku pelajaran atau ilmiah yang berkaitan pembelajaran supaya baucar dapat digunakan sebaik mungkin.


Baucar Bantuan 1 Malaysia

Cik Marlina dan Puan Sanisah sedang mengira dan menyusun baucar mengikut jurusan




Pn Hajah Zainab, Pengetua diirini Puan Sanisah sewaktu menyampaikan baucar kepada pelajar

Cik Marlina sedang mengumumkan nama-nama pelajar

Pn Juliana pula sedang sibuk mengawasi pergerakan pelajar turun dan naik ke pentas


Seronok dapat baucar!

 Giliran kami pulak berposing..!!






Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback