Khamis, September 19, 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET JULAI 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Keputusan MUET JULAI 2013 telah selamat diketahui. Alhamdulillah...keputusan kali ini menampakkan sedikit peningkatan.  Tahniah!!! Bagi sesiapa yang belum mengetahui keputusan boleh semak di  link berikut: 

Bagi yang tidak mencapai sasaran yang bersedih. Kejayaan untuk STPM menanti dengan setia bagi sesiapa yang menginginkannya.... Wasalam.




Rabu, September 18, 2013

KEPUTUSAN MUET JULAI 2013

Debaran semakin terasa bagi pejar PRA U 2, keputusan MUET JULAI 2013 insyaAllah akan dikeluarkan esok, 19 September 2013. Kami   Tenaga Pengajar Pra U terutama  Tenaga Pengajar  MUET berharap dan mendoakan agar keputusan adalah seperti diharapkan. Amin...

COPY DAN PASTE DARI LAMAN WEB MPM


Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan pada 19 September 2013. Calon yang mendaftar di sekolah/institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah/institusi masing-masing mulai jam 10:00 pagi pada tarikh tersebut, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUET(jarak)RESULT(jarak)NoKP dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12:01 tengah malam 19 September 2013 dan melalui sistem online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my mulai jam 9:00 pagi pada tarikh berkenaan. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET mereka dengan bayaran sebanyak RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah pada 30 September 2013. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh di portal MPM www.mpm.edu.my

PAMERAN PENILAIAN PBS SENI VISUAL 970/3

PAMERAN PENILAIAN PBS SENI VISUAL 970/3 
     
Tahniah kepada Pra U 2BM yang telah berjaya mengadakan satu pameran bagi tujuan penilaiann PBS Seni Visual. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh PK Ko Kurrikulum
 Pn, Surieyani bt, Samsudin. Tahniah juga pada En Halil bin Jamhari selaku tenaga pengajar PSV STPM yang juga telah bertungkus-lumus bagi menjadikan pameran ini satu realiti. 

Mudah-mudahan pihak penganjur (P2BM) mendapat sokongan yang menggalakkan dari semua pihak dan sekaligus menjadikan pameran ini satu kejayaan. Amin...



 Kata alu-aluan dari Pn Surieyani bt, Samsudin 



 Sedikit cenderahati dari pihak penganjur.


HASIL KARYA PELAJAR P2BM




































PROGRAM MESRA AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Mood berpantun Admin dah tiba....

Aidil Fitri telah berlalu lama,
Namun suasana masih terasa,
Di Bukit Layang-Layang berkumpul mesra,
Erat silaturahim sesama kita.

Majlis diseri Pemimpin PIBG,
En. Ramli Ahmad YDP kami,
Terima Kasih daun keladi,
Kalau sudi datang lagi.

Sempat juga marhaban bersama,
Selawat salam atas junjungan mulia,
Tanda sayang dan kasih padanya,
Mudah-mudahan majlis diberkati jua

Sambutan Hari Jadi juga dirai, 
Kek lazat menjadi penyeri.
Kepada ibubapa kita berbakti,
Panjang umur murah rezeki.

Juadah enak untuk hidangan,
Ketupat rendang jadi santapan,
Sempat kita bermaaf-maafan,
InsyaAllah jumpa raya tahun hadapan.

WARNA_WARNI AIDIL FITRI
 Muka-muka kelaparan...




 Ambik gambar skek..


 Satu utk kau, dua utk aku..
 Bilalah dapat makan ni....













 Boss Pra U Pn Sanisah Miskam mengiring YDP PIBG En Ramli Ahmad ke hidangan kelas
 Marhaban...



 Ingatlah...tujuan kita utk ke menara gading..InsyaAllah...



Yes!!! Alhamdulillah akhirnya..

 Happy Birthday to you....




Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback