Rabu, September 18, 2013

KEPUTUSAN MUET JULAI 2013

Debaran semakin terasa bagi pejar PRA U 2, keputusan MUET JULAI 2013 insyaAllah akan dikeluarkan esok, 19 September 2013. Kami   Tenaga Pengajar Pra U terutama  Tenaga Pengajar  MUET berharap dan mendoakan agar keputusan adalah seperti diharapkan. Amin...

COPY DAN PASTE DARI LAMAN WEB MPM


Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan pada 19 September 2013. Calon yang mendaftar di sekolah/institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah/institusi masing-masing mulai jam 10:00 pagi pada tarikh tersebut, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUET(jarak)RESULT(jarak)NoKP dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12:01 tengah malam 19 September 2013 dan melalui sistem online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my mulai jam 9:00 pagi pada tarikh berkenaan. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET mereka dengan bayaran sebanyak RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah pada 30 September 2013. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh di portal MPM www.mpm.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback