Rabu, Mac 06, 2013

BAUCER BUKU SATU MALAYSIA (BB1M)


Tanggal 1 Mac Jumaat pagi,
Baucer buku Pra U telah diberi,
Setiap nikmat harus disyukuri,
Amanah berbelanja perlu dituruti.

BB1M rezeki Allah yang beri,
Untuk belian buku berkualiti,
Novel dan komik jangan dibeli,
Buku rujukan jangan dikurangi.

Jadi jugaklah pantun kali ni.. Walaupun tak sehebat cikgu Kesusasteraan Melayu (En. Balvinder Singh)
Alhamdulillah, Baucer Buku 1 Malaysia telah selamat diagihkan pada Jumaat,1 Mac yang lalu. Baucer 5 keping, yang bernilai RM50 setiap satu diharap dapat mengurangkan beban para pelajar. Gunakanlah dengan bijak.

Amanat dari Pengetua Pn. Hjh Zainab binti Johari

Penberian baucer disempurnakan oleh Pegetua Pn. Hjh Zainab bt. Johari
diiringi oleh Penolong Kanan Pra U Pn Sanisah binti Miskam











Maka dengan ini gunalah BB1M dengan penuh amanah. Beli buku yang perlu. Buku yang telah diambil dulu pun boleh bayar pakai baucer buku. (Gambar ikhsan dari Irwan Darus..Gambar-gambar lain akan dimuatnaik kemudian)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback