Khamis, Februari 07, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejatera,

Masa berlalu begitu pantas sekali..tup..tup dah bulan Februari. Kadet Pertahanan Awam telah 4 kali menjalankan aktiviti. Seronok melihat kadet-kadet begitu komited menjalani latihan. Diantara aktiviti yang telah dijalankan , Bengkel Pertolongan Cemas, Berkawad dan Bengkel Ikatan. Tapi yang paling best adalah 'trip' ke Melaka pada Ahad 3 Februari yang lepas. Misinya adalah untuk menghadiri pelancaran "My Beatiful Malaysia". My Beautiful Malaysia Day merupakan satu lagi inisiatif baru daripada kerajaan di bawah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) dalam menceriakan persekitaran negara. Sesuai dengan tema tersebut, maka tarikh 3 Febuari akan dicadangkan sebagai Hari Sukarelawan Negara. Dari sebelum subuh pelajar telah mula berkumpul disekolah. Selesai subuh, tunggu..punya tunggu punya tunggu Pukul 7.30 pagi baru bas sampai. Perjalanan  masih jauh... Perut lapar ...Pergi sarapan dulu... Sampai Melaka..........................
Dari sebelum subuh dah ada di sekolah..semangat!!
Sila beratur..Jangan rebut-rebut...

Dapat duit saku RM10 lagi....

Dah sampai Melaka...Datuk Wira Ali Rustam...Kenal ke tak kenal?

Habiskan duit RM10?

Kalau pakai baju melayu macam dia orang ni. Aku lagi kacak!!

Di Kiosk JPAM ...

Sampai ke sekolah dengan selamat..Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback