Isnin, Mac 05, 2012

Program Sinar Minda

Jumaat 17 Februari 2012 seluruh warga Pra U SMKPG2 berkumpul di Dewan Mawar Gemilang bagi menghadiri ceramah motivasi Sinar Minda yang dikendalikan oleh penceramah jemputan Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Hashim. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohamad Safwan dan di susuli dengan pengenalan biodata penceramah. Ternyata penceramah kita seorang yang berpengalaman dan berkebolehan dan telah begitu lama berkhidmat dalam bidang pendidikan dan teknologi pendidikan. Sewaktu ceramah beliau banyak memberikan tips-tips dan kaedah pembelajaran dan teknik pembacaan yang berkesan serta info-info berguna mengenai kesihatan kepada semua pelajar Pra U.


Dah banyak dapat maklumat ......terpulang kepada pelajar samada nak mempratikkannya atau tidak ke arah mencapai kejayaan.




Nama : Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Hashim
Tempat lahir : Kota Tinggi
Mendapat pendidikan awal di SK dan SMK Laksamana
1967-1968 ~ Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
1969 ~ Mengajar di SMK Tun Habab, Kota Tinggi 
1984-1985 ~ Mengajar di SMK Bandar, Kota Tinggi 
1986 ~Mengikuti kursus khas bidang Teknologi Pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1988 ~ Dilantik sebagai kakitangan sumber teras KBSM negeri Johor dlm mata pelajaran     
            Kemahiran Hidup
1991- 3 Julai 2003 ~ Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Bandar Kota Tinggi

*Pernah mendapat anugerah:
   ~3 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM
   ~Anugerah Pingat Ibrahim Sultan Kelas 2

* Keluarga :
 ~isterinya pesara GPK SK Bukit Lintang, Kota Tinggi
 ~Anak pertama (lelaki) : Ijazah Mechanical & Aerospace Engineering USA
 ~Anak kedua (lelaki) : Ijazah Mechanical Engineering UiTM
 ~Anak ketiga (lelaki) : Diploma Radhiography UM

Jom layan gambar-gambar berikut :



Tuan penceramah kita .....




Kami....bersungguh-sungguh.




Sesi post mortem guru-guru bersama penceramah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback