Jumaat, Februari 03, 2012

Kami Dapat Baucar!!!

Seronok bukan kepalang hari ini...maklumlah hari ini adalah hari penyerahan Baucar Bantuan 1 Malaysia kepada semua pelajar pra u. Semua nampaknya tersenyum je sejak pagi....tentulah kan? Dapat hadiah dari kerajaan Malaysia, siapa yang tak 'happy'?...asalkan tau dan bijak belanjakan baucar tersebut barulah dapat manfaat dari pemberian tu. Beberapa perkara yang harus diingat (pesanan PK Pra U,Pn Sanisah) pemberian ini adalah 'one off' bermakna bukan diberikan setiap tahun kepada pelajar, selepas serahan baucar dibuat,pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan baucar, pelajar dilarang sama sekali menukar baucar dengan wang tunai, nama dan i/c pelajar telah tercatat dan ia sah digunakan dikedai-kedai yang mempunyai label "Menerima Baucar BB1M" dan akhir sekali baucar ini sah digunakan sehingga 31 Mac 2012.
Hmm....pandai-pandailah pelajar semua menggunakan baucar ini sebaik mungkin. Yang eloknya buatlah senarai keperluan dan buku-buku pelajaran atau ilmiah yang berkaitan pembelajaran supaya baucar dapat digunakan sebaik mungkin.


Baucar Bantuan 1 Malaysia

Cik Marlina dan Puan Sanisah sedang mengira dan menyusun baucar mengikut jurusan




Pn Hajah Zainab, Pengetua diirini Puan Sanisah sewaktu menyampaikan baucar kepada pelajar

Cik Marlina sedang mengumumkan nama-nama pelajar

Pn Juliana pula sedang sibuk mengawasi pergerakan pelajar turun dan naik ke pentas


Seronok dapat baucar!

 Giliran kami pulak berposing..!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback