Rabu, Mac 03, 2010

Program Motivasi Jatidiri Pra Universiti 2010

Tarikh  : 6 Februari 2010
Masa : 8 pagi - 1.10 petang
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2
Penceramah : Mohd Haizan b Mohd Hajiz
                     Pusat Latihan Tiram Indah Village


Satu program kecemerlangan telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling khas untuk pelajar-pelajar Pra Universiti. Program ini berteraskan teknik menghafal, mengingat fakta, membina keyakinan diri, ketrampilan, kepimpinan serta kesedaran dalam diri pelajar. Kehadiran bagi program ini adalah seratus peratus dan ini menunjukkan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Teknik atau 'approach' yang digunakan oleh penceramah jemputan amat berkesan dan menyentuh jiwa pelajar Pra Universiti sehinggakan ada diantara mereka yang menitiskan airmata tatkala memohon kemaafan sesama mereka dan tenaga pengajar.
Lebih banyak program seumpama ini perlu diadakan bagi membentuk jiwa nurani pelajar serta memberikan mereka kesedaran tentang adab-adab yang perlu dijaga ketika menuntut ilmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback