Rabu, November 02, 2011

Tutorial Oh Tutorial

Sesi tutorial yang diadakan tahun ini banyak membantu pelajar dalam pelajaran. 
Dalam kumpulan yang kecil, kami bukan sahaja lebih mudah memahami apa yang di ajar oleh tenaga pengajar tetapi kami juga dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan sesama ahli. Sesi tutorial ini juga membolehkan kami bertanya pelbagai soalan berkenaan sesuatu subjek dengan tenaga pengajar. Kami selesa belajar dalam keadaan begini kerana lebih suasana yang lebih privasi dan berfokus. Semoga ia dapat diteruskan lagi di masa akan datang.















Sekitar Minggu Orientasi 2011

Berikut adalah koleksi gambar sewaktu Minggu Orientasi yang sempat dirakamkan. Tahniah kepada mereka yang telah memilih untuk meneruskan pengajian ke peringkat STPM 2011. Selamat menjalani kehidupan sebagai  pelajar pra universiti.






Rabu, Mei 04, 2011

9 MEI 2011 Selamat Datang Pelajar Pra U 1 ( Enam Rendah)


Flash Toys At WishAFriend.com


Selamat Datang kepada pelajar baru Pra U1 (Enam Rendah). Hari pendaftaran adalah pada Isnin 9 Mei 2011, jam 8.00 pagi di Dewan Mawar Gemilang SMK Pasir Gudang 2.


Sila pastikan perkara berikut dipatuhi sewaktu mendaftar :
Keadaan Fizikal :
1. Berpakaian uniform sekolah
2. Berambut pendek dan kemas
3. Rambut tidak diwarnakan
4. Bertudung (bagi pelajar perempuan Islam)
5. Tali pinggang hitam
6. Memakai kasut sekolah (kanvas hitam)


Dokumen :
1. Salinan kad pengenalan ibu/bapa/ penjaga (2 salinan)
2. Salinan kad pengenalan sendiri (2 salinan)
3. Salinan keputusan SPM
4. Salinan surat tawaran

5. Salinan penyata gaji ibu/bapa/penjaga

Minggu Bahasa 25- 29 April 2011

Jabatan Bahasa Pra U sekali lagi melancarkan Minggu Bahasa Pra U yang berslogan 'Cintailah Bahasa'. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini serta penglibatan pelajar amat menggalakkan. Aktiviti MUET dan Bahasa Melayu telah di rangka supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dan berpeluang menjadi memenangi hadiah yang ditawarkan. Walaupun minggu bahasa berlansung dalam suasana yang serba sederhana tetapi pelajar mendapat manfaat dan pada masa yang sama berseronok dengan aktiviti yang santai dan spontan.




Program Segar Minda STPM

Tarikh : 23 April 2011
Penceramah Jemputan : 
En. Faaiz Fauzi b Mohd Fauzi, 
En Harizan b Ajis
Vision Consultant



Khamis, Mac 31, 2011

Program Pelita Ilmu

Pada 30 Mac 2011 berlansunglah satu program yang dinamakan Pelita Ilmu khas untuk pelajar-pelajar pra universiti seramai 30 orang. Seronok dan menarik, itulah ungkapan yang diberikan oleh peserta program tersebut kerana mereka memperolehi ilmu mengenai numerologi dan kekuatan akal dan minda. 









Program ini merupakan usahasama PIBG SMKPG2 dengan pihak Pra Universiti. Penceramah jemputan Encik Zailan b Mohd Dahlan , Pembantu Penyelidikan Kanan dari Stesyen Penyelidikan MPOB, Kluang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang ini dan penah menjadi penceramah Bengkel Smart Study, Kem Kepimpinan, Kem Smart Silat dan pelbagai lagi latihan dan pengurusan. 

Selasa, Mac 22, 2011

Ceramah Pengurusan Kewangan

Satu program telah diadakan khas bagi pelajar PRA U berkenaan dengan perancangan kewangan di gerbang alam pekerjaan anjuran Permodalan Nasional Berhad. Melalui ceramah yang telah disampaikan siswa Pra U telah berpeluang untuk mengetahui cara-cara pengendalian kewangan yang berkesan. So...harap2 lepas ni...semua pandai kendalikan duit gaji mereka!










Top Nine STPM



Sabtu, Februari 26, 2011

PERHATIAN !!!




Perhatian kepada bekas-bekas siswa dan siswi Pra-Universiti 
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2.. Sesiapa yang berminat untuk menyertai Welcome Back Alumni, anda boleh menghubungi Saudari Macita untuk mendaftar di talian 0177461077..

SEKIAN, HARAP MAKLUM.. ^_^

BIG WALK MPPU

Pada 22 Febuari 2011 yang lalu telah diadakan Program Big Walk. Program ini telah diadakan di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Program ini dijalankan bagi menggembirakan hati siswa dan siswi Pra-Universiti sebelum mereka menjalani Ujian Kurikulum pertama mereka bagi tahun ini. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan semua pihak yang terlibat amat berpuas hati.. 
 - tibe-tibe bergaye-









Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback