Rabu, September 18, 2013

PROGRAM MESRA AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Mood berpantun Admin dah tiba....

Aidil Fitri telah berlalu lama,
Namun suasana masih terasa,
Di Bukit Layang-Layang berkumpul mesra,
Erat silaturahim sesama kita.

Majlis diseri Pemimpin PIBG,
En. Ramli Ahmad YDP kami,
Terima Kasih daun keladi,
Kalau sudi datang lagi.

Sempat juga marhaban bersama,
Selawat salam atas junjungan mulia,
Tanda sayang dan kasih padanya,
Mudah-mudahan majlis diberkati jua

Sambutan Hari Jadi juga dirai, 
Kek lazat menjadi penyeri.
Kepada ibubapa kita berbakti,
Panjang umur murah rezeki.

Juadah enak untuk hidangan,
Ketupat rendang jadi santapan,
Sempat kita bermaaf-maafan,
InsyaAllah jumpa raya tahun hadapan.

WARNA_WARNI AIDIL FITRI
 Muka-muka kelaparan...




 Ambik gambar skek..


 Satu utk kau, dua utk aku..
 Bilalah dapat makan ni....













 Boss Pra U Pn Sanisah Miskam mengiring YDP PIBG En Ramli Ahmad ke hidangan kelas
 Marhaban...



 Ingatlah...tujuan kita utk ke menara gading..InsyaAllah...



Yes!!! Alhamdulillah akhirnya..

 Happy Birthday to you....




KEJOHANAN SUKAN T6 EDISI PERTAMA NEGERI JOHOR 2013

Pada 23 - 24  Ogos yang lalu, telah julung-julung kalinya diadakan KEJOHANAN SUKAN T6 EDISI PERTAMA NEGERI JOHOR 2013 di daerah Pontian. Sebanyak 3 permainan telah di pertandingkan.

  • Bola tampar (lelaki/perempuan)
  • Bola Jaring
  • Futsal
Pasukan Futsal dan Bola Tampar (Lelaki/Perempuan) Pra U SMK Pasir Gudang 2 telah dipilih bagi mewakili Daerah Pasir Gudang. Walaupun dengan latihan yang terhad, Pasukan Futsal daerah Pasir Gudang berjaya meraih tempat ke Empat. Tahniah!!!!

 Latihan Pusat Bola Tampar di SMK Kota Masai 2


 Pasukan Bola Tampar Lelaki

Pasukan Futsal sedang beraksi


Pasukan Futsal dan Bola tampar Lelaki



Pasukan Bola Tampar Perempuan

Selasa, Julai 16, 2013

KEPUTUSAN STPM MODULAR PENGGAL 2





Assalamualaikum dan selamat Sejahtera...

Begitu pantas masa berlalu,  keputusan STPM penggal 2 ramai dah tahu. Apa perasaan kamu? Pastinya ada yang terharu tak kurang pula yang menggaru. Walau apapun pelajar perlu tahu, Penggal 3 masih menunggu. Jangan sedih dan gembira yang terlalu. Sesungguhnya Allah lebih tahu lebih dari kamu......

Untuk mengetahui keputusan anda:

http://webmpm.mpm.edu.my/stpm_result/


Rabu, Jun 26, 2013

PERTANDINGAN JPAM ANTARA ANTARA SEKOLAH PASIR GUDANG DITUNDA

Gara-gara jerebu, Pertandingan JPAM yang dijadualkan pada 26 Jun 2013 ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Diharapkan dengan penundaan ini skuad JPAM dari SMK Pasir Gudang 2 akan meneruskan latihan dan seterusnya menjulang kejayaan. Amin..

 Kesian..Sakit kepala awak ye...

 Kenapa dengan kaki ni...

 Patah tangan..

 Macam ni caranya...

Latihan kawad...sapa yang tunggi tu??

InsyaAllah boleh menang!


Yang di dalam dewan perlu buat latihan lebih sikit..belum mahir..




 Semua angkat tangan...
 Ramainya pelajar Pra U 1 dan 2...

Sampai hujung padang...


SUKAN TAHUNAN DI TUNDA...

Hari Sukan Tahunan yang dijadualkan pada 29hb Jun nampaknya akan ditunda....Bukan sebab bola sepak JDT VS KELANTAN, tetapi di sebabkan JEREBU..Acara akhir yang dijadualkan pada 24,25 dan 26 Jun tidak dapat dijalankan. Khabarnya Sukan Tahunan kan diadakan pada 5 Julai 2013(tertakluk pada pindaan)
Semoga berjaya atlet yang bertanding...
ACARA LELAKI 20

BALAPAN
100m, 200m, 4 X 100m, 2000m JALAN KAKI

ACARA PADANG
LONTAR PELURU, LEMPAR CAKERA, rREJAM LEMBING, LOMPAT JAUH

ACARA PEREMPUAN 20

2000 JALAN KAKI, LONTAR PELURU, LEMPAR CAKERA, REJAM LEMBING

Puan Rosrina Bachok, Boss Koku Nombor 1
 Pn. Hjh Jasmani Saidin, Satu lagi Boss Koku Nombor 1

 Mula2 buat regangan...dah lama tak bersukan..
Sendi dah berkarat....

Biar hilang "double chin"

 Ke garisan, Sedia, Mula...

Ada gaya....


Dua atlet berbincang "kita masuk acara lari 100m nak?"

Kawad pun ada....



MOTIVATIONAL TALK BY MSU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebagai salah satu program promosi dan Corporate Social Responsibilities (CSR), Management Science University telah mengadakan satu program motivasi dan Tip Menyediakan Resume kepada pelajar Pra U pada 20 Jun yang lalu.Program motivasi serta tip penulisan resume telah disampaikan oleh Pensyarah Foundation in Business, En Khairul Anuar bin Abdul Latif. 


MSU ke USM?????

Tenaga Pengajar pun khusyuk mendengar...nak buat resume ke??

 Bagus program ni kan? kan?

 Pra U Atasan...katanya...

 Pra U Atasan VS Pra U Bawahan..

 Pelajar mendengar secara aktif

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback