Tapi...jangan pulak terlalu asyik menghias kelas sampai terlupa untuk menghayati dan mensyukuri nikmat dan erti kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak sekian lama...ok?!
Sabtu, Ogos 21, 2010
Semangat Patriotik
Minggu ini tenaga pengajar Pra U seronok melihat siswa dan siswi Pra U yang bersemangat sekali menghias kelas masing-masing sempena Bulan Kemerdekaan. Gigih sungguh mereka ni..sampai sanggup bawa peralatan dari rumah semata-mata untuk mencantikkan kelas.
Labels:
Merdeka Patriotik
Sketsa Minggu Sains Sosial
Syabas dan tahniah di ucapkan kepada anak-anak didik Pra U1 yang berbakat dan kreatif kerana telah mempersembahkan sketsa yang lucu dan menghiburkan sempena pelancaran Minggu Sains Sosial dan Bulan Kemerdekaan 2010. Jalan cerita yang tidak meleret serta mesej yang mudah difahami beserta pelakon-pelakon yang menjiwai watak amat mencuit hati kami yang menonton sketsa ini.
Mungkin di waktu-waktu akan datang anda akan di beri peluang untuk berlakon lagi....???!! manalah tau, mungkin dari sinilah tercungkilnya bakat-bakat terpendam anak- anak Pra U1 ....semoga anda semua terus berusaha menghasilkan yang terbaik dan bermutu.
Labels:
Minggu Sains Sosial,
sketsa
Rabu, Ogos 04, 2010
Inspirasi Ku...
Pembentangan Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun (Setara) Pra Universiti telah menampilkan beberapa orang Pelajar Cemerlang Pra U2.
Sewaktu pembentangan ini, semua pelajar Pra U1 dan 2 telah di maklumkan tentang keputusan yang telah dicapai serta nama-nama pelajar cemerlang setiap daripada setiap jurusan.
Puan Hamizah Ibrahim selaku Setiausaha Peperiksaan telah memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai peratus pencapaian matapelajaran, peratus kelulusan, TOV, ATR serta ETR bagi STPM 2010.
Dapatkah kita mencapai sasaran kita???
Segala-galanya terletak di tangan anda!!!
Usaha + Doa + Tawakkal adalah kunci untuk mencapai apa yang kita mahu.
*Slide show berikut memaparkan barisan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai sumber inspirasi anda!
Sewaktu pembentangan ini, semua pelajar Pra U1 dan 2 telah di maklumkan tentang keputusan yang telah dicapai serta nama-nama pelajar cemerlang setiap daripada setiap jurusan.
Puan Hamizah Ibrahim selaku Setiausaha Peperiksaan telah memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai peratus pencapaian matapelajaran, peratus kelulusan, TOV, ATR serta ETR bagi STPM 2010.
Dapatkah kita mencapai sasaran kita???
Segala-galanya terletak di tangan anda!!!
Usaha + Doa + Tawakkal adalah kunci untuk mencapai apa yang kita mahu.
*Slide show berikut memaparkan barisan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai sumber inspirasi anda!
Labels:
Pelajar Cemerlang
Khamis, Julai 29, 2010
Pertandingan Kawad Kaki KRS
Tarikh : 28 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 2 - 3.30 ptg
Tahniah kepada Platun dan komander terbaik yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk memperbaiki persembahan anda bagi masa akan datang.
Hari : Rabu
Masa : 2 - 3.30 ptg
Tahniah kepada Platun dan komander terbaik yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk memperbaiki persembahan anda bagi masa akan datang.
Labels:
KRS
Rabu, Julai 28, 2010
Kem Ibadah Sahsiah Islamiah Pra Universiti
Siswa dan siswi Pra Universiti2 telah menghadirkan diri ke Kem Ibadah pada 6,7 dan 8 Julai 2010 yang bertempat di sekitar SMKPG2. Kem ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pengisian rohani kepada siswa dan siswi Pra U yang bakal menduduki STPM tahun ini. Segala aktiviti yang diadakan telah disusun supaya ia selaras dengan objektif program yang lebih menjurus kepada aktiviti yang berbentuk kerohanian dan pembentukan sahsiah. Pelbagai maklumbalas telah diberikan oleh pelajar selepas menghadiri kem ini dan perubahan yang positif dapat di lihat di kalangan mereka. Semoga semangat dan kesungguhan mereka untuk berjaya dalam STPM menjadi kenyataan , insyallah.
Labels:
Kem Ibadah
Rabu, Julai 14, 2010
Sepetang Bersama KRS
Aktiviti KRS hari ini ialah kawad kaki. Platun 1, 2 dan 3 masing-masing menunjukkan kesungguhan mereka sewaktu berkawad petang tadi. Kedengaran suara dari kantin sekolah, menunjukkan betapa semangatnya mereka petang tadi. Di harap agar Pra U dapat menghantar satu platun perbarisan untuk kejohanan olahraga tahun hadapan.
Labels:
Kokurikulum,
KRS
Ahad, Julai 11, 2010
Minggu Pusat Sumber Pra U
Minggu Pusat Sumber Pra U telah dilancarkan oleh Guru Media dan Perpustakaan - Pn Siti Aminah pada Selasa 6 Julai 2010 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah di rangka yang boleh disertai oleh pelajar Pra U. Marilah beramai-ramai ke Pusat Sumber sekolah bagi meraikan minggu ini.
Labels:
program kecemerlangan
Sabtu, Julai 03, 2010
Terkini MPPU
Teguran mengenai sikap dan perilaku pelajar Pra U yang disampaikan oleh Guru SAD semasa perhimpunan rasmi Pra U Selasa lalu, ternyata memberikan kesan. Majlis serba sederhana yang diadakan pada hari Rabu yang lalu berlansung dalam keadaan yang tertib dan sopan yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi Pra U. Senyuman yang terukir di bibir semua tenaga pengajar sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan majlis yang berlansung. Walaupun masih ada segelintir yang belum memahami kehendak kami, kami akan memberikan masa untuk mereka-mereka ini belajar dan mengubah sikap. Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua menjayakan majlis ini dalam keadaan yang teratur. Ini menunjukkan siswa Pra U 1 dan 2 menerima baik teguran yang diberikan serta cuba untuk melakukan yang perubahan.
Semua tenaga pengajar mengharapkan agar anak-anak didik kami mempelajari sesuatu ketika berada di sini selama setahun setengah. TERUSKAN LANGKAHMU PRA U1 DAN 2 ....
jangan hanya berhenti di sini.....
Semua tenaga pengajar mengharapkan agar anak-anak didik kami mempelajari sesuatu ketika berada di sini selama setahun setengah. TERUSKAN LANGKAHMU PRA U1 DAN 2 ....
jangan hanya berhenti di sini.....
Labels:
Kesyukuran,
Majlis Ilmu,
Yaasin
Sabtu, Jun 05, 2010
Khamis, Jun 03, 2010
AKTIVITI KOKURIKULUM PRA U
Hari ini Rabu 2 Jun 2010 merupakan hari aktiviti Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pra Universiti. Ceramah yang dijadualkan berlansung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, ini tidak melunturkan semangat pelajar Pra U 1 yang telah menghadirkan diri seawal jam 1.45 petang pada hari ini untuk meneruskan aktiviti KRS bagi menggantikan slot ceramah yang telah dibatalkan. Sebanyak tiga platun telah ditubuhkan dan ketua bagi setiap platun beserta setiausaha telah dilantik bagi menerajui pasukan KRS Pra U pada tahun ini dan pada masa yang sama, beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi takwim aktiviti KRS. Diharap agar mereka-mereka yang telah terpilih dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Sesi ceramah yang sepatutnya berlansung hari ini ditunda pada minggu selepas naik cuti persekolahan.
Labels:
KRS
Langgan:
Ulasan (Atom)










































