Memaparkan catatan dengan label program kecemerlangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program kecemerlangan. Papar semua catatan

Ahad, Julai 11, 2010

Minggu Pusat Sumber Pra U

Minggu Pusat Sumber Pra U telah dilancarkan oleh Guru Media dan Perpustakaan - Pn Siti Aminah pada  Selasa 6 Julai 2010 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah di rangka yang boleh disertai oleh pelajar Pra U. Marilah beramai-ramai ke Pusat Sumber sekolah bagi meraikan minggu ini.









Khamis, April 01, 2010

Seminar Kerjaya UM & Prospek

Tarikh : Sabtu 27 Mac 2010
Tempat : Politeknik Johor Bahru
Masa : 7 pagi - 3 petang
Bilangan peserta : 20 orang

Satu seminar berkenaan kerjaya dan halatuju selepas STPM telah diadakan di Politeknik JB. 20 orang peserta Pra U yang terpilih telah mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh Universiti Malaya berkenaan kesesuaian kerjaya , laluan-laluan ke IPT dan pinjaman/ biasiswa yang ditawarkan.

Rabu, Mac 03, 2010

Program Motivasi Jatidiri Pra Universiti 2010

Tarikh  : 6 Februari 2010
Masa : 8 pagi - 1.10 petang
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2
Penceramah : Mohd Haizan b Mohd Hajiz
                     Pusat Latihan Tiram Indah Village


Satu program kecemerlangan telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling khas untuk pelajar-pelajar Pra Universiti. Program ini berteraskan teknik menghafal, mengingat fakta, membina keyakinan diri, ketrampilan, kepimpinan serta kesedaran dalam diri pelajar. Kehadiran bagi program ini adalah seratus peratus dan ini menunjukkan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Teknik atau 'approach' yang digunakan oleh penceramah jemputan amat berkesan dan menyentuh jiwa pelajar Pra Universiti sehinggakan ada diantara mereka yang menitiskan airmata tatkala memohon kemaafan sesama mereka dan tenaga pengajar.
Lebih banyak program seumpama ini perlu diadakan bagi membentuk jiwa nurani pelajar serta memberikan mereka kesedaran tentang adab-adab yang perlu dijaga ketika menuntut ilmu.


Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback