Tarikh : 28 Julai 2010 Hari : Rabu Masa : 2 - 3.30 ptg Tahniah kepada Platun dan komander terbaik yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk memperbaiki persembahan anda bagi masa akan datang.
Siswa dan siswi Pra Universiti2 telah menghadirkan diri ke Kem Ibadah pada 6,7 dan 8 Julai 2010 yang bertempat di sekitar SMKPG2. Kem ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pengisian rohani kepada siswa dan siswi Pra U yang bakal menduduki STPM tahun ini. Segala aktiviti yang diadakan telah disusun supaya ia selaras dengan objektif program yang lebih menjurus kepada aktiviti yang berbentuk kerohanian dan pembentukan sahsiah. Pelbagai maklumbalas telah diberikan oleh pelajar selepas menghadiri kem ini dan perubahan yang positif dapat di lihat di kalangan mereka. Semoga semangat dan kesungguhan mereka untuk berjaya dalam STPM menjadi kenyataan , insyallah.
Aktiviti KRS hari ini ialah kawad kaki. Platun 1, 2 dan 3 masing-masing menunjukkan kesungguhan mereka sewaktu berkawad petang tadi. Kedengaran suara dari kantin sekolah, menunjukkan betapa semangatnya mereka petang tadi. Di harap agar Pra U dapat menghantar satu platun perbarisan untuk kejohanan olahraga tahun hadapan.
Minggu Pusat Sumber Pra U telah dilancarkan oleh Guru Media dan Perpustakaan - Pn Siti Aminah pada Selasa 6 Julai 2010 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah di rangka yang boleh disertai oleh pelajar Pra U. Marilah beramai-ramai ke Pusat Sumber sekolah bagi meraikan minggu ini.
Teguran mengenai sikap dan perilaku pelajar Pra U yang disampaikan oleh Guru SAD semasa perhimpunan rasmi Pra U Selasa lalu, ternyata memberikan kesan. Majlis serba sederhana yang diadakan pada hari Rabu yang lalu berlansung dalam keadaan yang tertib dan sopan yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi Pra U. Senyuman yang terukir di bibir semua tenaga pengajar sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan majlis yang berlansung. Walaupun masih ada segelintir yang belum memahami kehendak kami, kami akan memberikan masa untuk mereka-mereka ini belajar dan mengubah sikap. Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua menjayakan majlis ini dalam keadaan yang teratur. Ini menunjukkan siswa Pra U 1 dan 2 menerima baik teguran yang diberikan serta cuba untuk melakukan yang perubahan. Semua tenaga pengajar mengharapkan agar anak-anak didik kami mempelajari sesuatu ketika berada di sini selama setahun setengah. TERUSKAN LANGKAHMU PRA U1 DAN 2 .... jangan hanya berhenti di sini.....