Memaparkan catatan dengan label KRS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KRS. Papar semua catatan

Khamis, Julai 29, 2010

Pertandingan Kawad Kaki KRS

Tarikh : 28 Julai 2010
Hari    : Rabu
Masa  : 2 - 3.30 ptg
Tahniah kepada Platun dan komander terbaik yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk memperbaiki persembahan anda bagi masa akan datang.













Rabu, Julai 14, 2010

Sepetang Bersama KRS

Aktiviti KRS hari ini ialah kawad kaki. Platun 1, 2 dan 3 masing-masing menunjukkan kesungguhan mereka sewaktu berkawad petang tadi. Kedengaran suara dari kantin sekolah, menunjukkan betapa semangatnya mereka petang tadi. Di harap agar Pra U dapat menghantar satu platun perbarisan untuk kejohanan olahraga tahun hadapan.







Khamis, Jun 03, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM PRA U



Hari ini Rabu 2 Jun 2010 merupakan hari aktiviti Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pra Universiti. Ceramah yang dijadualkan berlansung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, ini tidak melunturkan semangat pelajar Pra U 1 yang telah menghadirkan diri seawal jam 1.45 petang pada hari ini untuk meneruskan aktiviti KRS bagi menggantikan slot ceramah yang telah dibatalkan. Sebanyak tiga platun telah ditubuhkan dan ketua bagi setiap platun beserta setiausaha telah dilantik bagi menerajui pasukan KRS Pra U pada tahun ini dan pada masa yang sama, beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi takwim aktiviti KRS. Diharap agar mereka-mereka yang telah terpilih dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Sesi ceramah yang sepatutnya berlansung hari ini ditunda pada minggu selepas naik cuti persekolahan.

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback