Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 29, 2011

Majlis Bacaan Yassin Pra U


Pada 28 Januari 2010 yang lepas, telah diadakan untuk kali pertamanya pada tahun ini majlis bagi meraikan hari kelahiran siswa dan siswi serta seorang pensyarah Pra-Universiti SMK Pasir Gudang 2. Majlis ini telah bermula pada jam 2.00 dan berakhir pada jam 2.00 petang.. Dalam majlis tersebut telah diadakan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Azam yang juga merupakan satu-satunya pensyarah yang diraikan.. 

~suasana semasa majlis berlangsung~

~antara wajah-wajah ceria para pensyarah yang menceriakan majlis~

~antara orang-orang kuat yang menjayakan majlis iaitu Ustaz Azam dan Puan Sanisah~

~Siswa yang terlibat~

kau hade?? XD

Sabtu, Julai 03, 2010

Terkini MPPU

Teguran mengenai sikap dan perilaku pelajar Pra U yang disampaikan oleh Guru SAD semasa perhimpunan rasmi Pra U Selasa lalu, ternyata memberikan kesan. Majlis serba sederhana yang diadakan pada hari Rabu yang lalu berlansung dalam keadaan yang tertib dan sopan yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi Pra U. Senyuman yang terukir di bibir semua tenaga pengajar sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan majlis yang berlansung. Walaupun masih ada segelintir yang belum memahami kehendak kami, kami akan memberikan masa untuk mereka-mereka ini belajar dan mengubah sikap. Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua menjayakan majlis ini dalam keadaan yang teratur. Ini menunjukkan siswa Pra U 1 dan 2 menerima baik teguran yang diberikan serta cuba untuk melakukan yang perubahan.
Semua tenaga pengajar mengharapkan agar anak-anak didik kami mempelajari sesuatu ketika berada di sini selama setahun setengah. TERUSKAN LANGKAHMU PRA U1 DAN 2 ....
jangan hanya berhenti di sini.....

      
                                                  

Ahad, Mei 02, 2010

Ceramah Teknik Pembelajaran Sempena Program Khas GPMS Jelajah Satu Malaysia

Pada 21 April 2010 yang lalu, satu ceramah yang berkaitan dengan teknik pembelajaran telah diadakan khusus bagi para pelajar tingkatan 5 dan Pra U oleh GPMS (Gabungan Pelajar Melayu semenanjung) yang bertempat di Dewan Mawar Gemilang SMK Pasir Gudang 2. Tahniah di atas kebersamaan pelajar Pra U di sepanjang ceramah berlansung dan nampaknya sewaktu sesi itu berlansung, mereka semua telah membuat catatan tentang apa yang mereka dengar.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa program berlansung.

Opps!! Ini bukan kami, ini adalah sebahagian daripada pelajar tingkatan 5 pada hari tersebut.
Ini pula pelajar lelaki tingkatan 5 yang turut serta dalam program tersebut.
Barisan siswi jurusan syariah...
Penceramah jemputan
Tenaga pengajar yang turut hadir

Ahad, Februari 28, 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Kesyukuran

Majlis Bacaan Yaasin dan kesyukuran Pra Universiti diadakan setiap bulan .Pengisian aktiviti ini adalah bacaan surah yaasin, tazkirah dan baru-baru ini selawat sempena Maulidur Rasul. Aktiviti ini disertai oleh seluruh warga Pra Universiti
SMK Pasir Gudang 2.



Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback