Sabtu, Julai 03, 2010

Terkini MPPU

Teguran mengenai sikap dan perilaku pelajar Pra U yang disampaikan oleh Guru SAD semasa perhimpunan rasmi Pra U Selasa lalu, ternyata memberikan kesan. Majlis serba sederhana yang diadakan pada hari Rabu yang lalu berlansung dalam keadaan yang tertib dan sopan yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi Pra U. Senyuman yang terukir di bibir semua tenaga pengajar sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan majlis yang berlansung. Walaupun masih ada segelintir yang belum memahami kehendak kami, kami akan memberikan masa untuk mereka-mereka ini belajar dan mengubah sikap. Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua menjayakan majlis ini dalam keadaan yang teratur. Ini menunjukkan siswa Pra U 1 dan 2 menerima baik teguran yang diberikan serta cuba untuk melakukan yang perubahan.
Semua tenaga pengajar mengharapkan agar anak-anak didik kami mempelajari sesuatu ketika berada di sini selama setahun setengah. TERUSKAN LANGKAHMU PRA U1 DAN 2 ....
jangan hanya berhenti di sini.....

      
                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback