Rabu, Mac 31, 2010
Isnin, Mac 29, 2010
Maulidur Rasul 2010
Memantap Ukhuwah
Memperkasa Ummah
Itulah slogan sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang diadakan pada 13 Mac 2010. Majlis yang diadakan di dewan sekolah itu berlansung dengan meriah sekali. Para siswa dan siswi Pra U telah turut serta memeriahkan lagi majlis dan telah memenangi beberapa kategori pertandingan yang dianjurkan sempena Maulidur Rasul. Seorang siswa lelaki dan perempuan Pra U dianugerahkan 'Pekerti Terpilih' berdasarkan peribadi dan sifat terpuji yang ada pada diri mereka.
Labels:
maulud nabi
Sabtu, Mac 27, 2010
EARTH HOUR - SAYANGILAH BUMI
27 Mac 2010 jam 8.30 - 9.30 mlm, padamkan lampu di rumah anda selama sejam sabagai tanda sokongan anda kepada kepada kempen Earth Hour. Jadilah manusia yang menghargai dunia yang dicipta dan di anugerahkan tuhan kepada kita.
Labels:
earth hour
Jumaat, Mac 05, 2010
Pelantikan Pemimpin Pelajar Pra Universiti
'Entry' ini mungkin agak lambat dan kerana kekangan masa blog ini tidak dapat di 'update' dengan kerap. Walaubagaimanapun, berikut adalah Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar iaitu Pengawas dan Pustakawan Pra Universiti. Kedua-duanya diadakan pada bulan Februari sewaktu perhimpunan rasmi. Barisan Pengawas diketuai oleh Mohamad Firdaus dari Pra U 2 Syariah manakala pustakawan pula diterajui Mohamad Izzuan yang juga dari jurusan Syariah. Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan amanat yang diberi sebaik mungkin.
Labels:
Pelantikan,
Pengawas,
Pustakawan
Rabu, Mac 03, 2010
Pelajar Cemerlang STPM 2009
Inilah anak didik SMKPG2, iaitu pelajar-pelajar Pra U yang beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2009. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada Pra U2. Walaupun keputusan STPM tahun ini kurang memuaskan tetapi itu bukanlah faktor yang melunturkan semangat tenaga pengajar dan pelajar Pra U. Kegagalan tidak boleh dijadikan rantai emosi kita, apa yang penting adalah semangat dan azam untuk mengatasi kegagalan hari ini ....Insyallah!
Zakuan B. Buang
1A 1A- 1B- 1C+
3.17
Noor Amira Bt. Nor Azman
2A 1C+ 1C
3.08
Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-
3.08
Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+
3.08
Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+
3.00
Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+
3.00
Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+
3.00
1A 1A- 1B- 1C+
3.17
Noor Amira Bt. Nor Azman
2A 1C+ 1C
3.08
Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-
3.08
Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+
3.08
Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+
3.00
Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+
3.00
Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+
3.00
Program Motivasi Jatidiri Pra Universiti 2010
Tarikh : 6 Februari 2010
Masa : 8 pagi - 1.10 petang
Tempat : Dewan Mawar Gemilang, SMK Pasir Gudang 2
Penceramah : Mohd Haizan b Mohd Hajiz
Pusat Latihan Tiram Indah Village
Satu program kecemerlangan telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling khas untuk pelajar-pelajar Pra Universiti. Program ini berteraskan teknik menghafal, mengingat fakta, membina keyakinan diri, ketrampilan, kepimpinan serta kesedaran dalam diri pelajar. Kehadiran bagi program ini adalah seratus peratus dan ini menunjukkan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Teknik atau 'approach' yang digunakan oleh penceramah jemputan amat berkesan dan menyentuh jiwa pelajar Pra Universiti sehinggakan ada diantara mereka yang menitiskan airmata tatkala memohon kemaafan sesama mereka dan tenaga pengajar.
Lebih banyak program seumpama ini perlu diadakan bagi membentuk jiwa nurani pelajar serta memberikan mereka kesedaran tentang adab-adab yang perlu dijaga ketika menuntut ilmu.
Labels:
motivasi,
program kecemerlangan
Ku Insafi Diri Ini
Sedikit renungan buat semua warga Pra Universiti...
Jadikanlah pengalaman hari ini titik tolak untuk kita bangkit dan perbaiki kelemahan serta kekhilafan diri.
Labels:
renungan
Langgan:
Catatan (Atom)