Memaparkan catatan dengan label result. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label result. Papar semua catatan

Rabu, Mac 03, 2010

Pelajar Cemerlang STPM 2009


Inilah anak didik SMKPG2, iaitu pelajar-pelajar Pra U yang beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2009. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada Pra U2. Walaupun keputusan STPM tahun ini kurang memuaskan tetapi itu bukanlah faktor yang melunturkan semangat tenaga pengajar dan pelajar Pra U. Kegagalan tidak boleh dijadikan rantai emosi kita, apa yang  penting adalah semangat dan azam untuk mengatasi kegagalan hari ini ....Insyallah!
Zakuan B. Buang
 1A 1A- 1B- 1C+  
3.17


Noor Amira Bt. Nor Azman
 2A 1C+ 1C  
3.08


Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-   
3.08


Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+  
3.08


Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+  
3.00


Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+  
3.00


Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+  
3.00


Jumaat, Februari 26, 2010

Debaran Berakhir Jua....

Tepat jam 12 tengahari keputusan STPM 2009 telah diedarkan. Majlis penyerahan slip STPM yang serba sederhana itu bertempat di Bilik Mawar Bestari. Wajah-wajah penuh 'pengharapan' telah mengerumuni pintu masuk bilik mesyuarat itu seawal 11.30 pagi.
Guru-guru Pra U melangkah dengan tenang dan  kelihatan sabar dalam melaksanakan tugas mereka mengedarkan slip keputusan. Ada yang menangis, ada yang tersenyum dan ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajah mereka....barangkali akur dengan apa yang telah tertulis.
Walau apa sekalipun, MPPU SMKPG2 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan :

TAHNIAH!!!
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAN KAMI






Khamis, Februari 25, 2010

Debaran Keputusan STPM

Hari ini dengan rasminya keputusan peperiksaan STPM 2009 akan diumumkan. Sempena dengan itu MPPU mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada calon-calon STPM 2009 yang akan hadir ke Dewan Mawar Gemilang bagi majlis penyerahan slip keputusan STPM. Berita selanjutnya akan dimuatkan ke laman blog ini.

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback