Memaparkan catatan dengan label STPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label STPM. Papar semua catatan

Rabu, Mac 21, 2012

STPM -The Result Day

Telah lama blogmaster tidak bersiaran di sini. Semuanya gara-gara jadual yang agak sibuk ditambah pula dengan kesihatan yang tidak mengizinkan sewaktu cuti sekolah yang lalu maka blog terpaksa ditinggalkan bersarang buat seketika. Tapi hari ini dapat lah blogmaster bersiaran dan menyiapkan 'entry-entry' yang terbengkalai.
Hari ini kita berkenalan dengan  calon- calon STPM 2011 yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang.
Tahun  ini seramai 18 orang telah berjaya mendapat keputusan 3.00 ke atas dan sekaligus mengatasi keputusan tahun sebelumnya dengan peratus kelulusan sebanyak 95.35 dengan PNGK 2.15 berbanding tahun sebelumnya 85.26 PNGK 1.88. Ini merupakan satu kejayaan yang amat memberangsangkan kerana kita hampir berjaya mencapai ETR 2011 yang disasarkan sebanyak 95.45 PNGK 2.00.
Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan juga kepada semua tenaga pengajar Pra U yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan anak didik mereka. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kemajuan tahun-tahun akan datang. 







Senarai Pelajar Cemerlang STPM 2011

1. Chiang Pei Weng                                                3.84
2. Lee Chew Chang                                                3.84
3. Surianitiara bt M.Ali                                         3.58
4. Mohamad Zulfekri b Mahmod                          3.50
5. Nor Patihah bt Amir                                          3.50
6. Macita bt Setarek                                               3.50
7. Rabiatul 'Adawiyah bt Usman Hasan              3.50
8. Nursyafikah bt Rahim                                       3.42
9. Nova Noveyanti                                                  3.42
10. Nur Farhana bt Zainal Abi                             3.33
11. Nordiana bt Zulkarnaini                                 3.33
12. Mohamad Nazri b Muslim                              3.25
13. Kaveen Nair a/l Baskaran                              3.17
14. Nur Amalina bt Hawafi                                  3.17
15. Syakirah bt Ahchok                                        3.08
16. Leong Sue Ting                                                3.08
17. Nur Aisyah bt Mohamed                                 3.00
18. Nur Hidayatunnisa bt Ahmad Suryadi          3.00


Selasa, Mac 06, 2012

Pengumuman Keputusan STPM 2011


Esok 7 Mac 2012 keputusan STPM 2011 akan diumumkan.
Semua calon diminta hadir ke Dewan Mawar Gemilang mulai jam 12 tgh untuk mengambil slip keputusan STPM anda. 
Sila hadir berpakaian kemas dan sopan serta menutup aurat bagi yang Islam. Kerjasama anda amat diharapkan bagi memastikan kelancaran Majlis Tuaian STPM  berlansung seperti yang dirancang.

Rabu, November 16, 2011

Selamat Menempuh STPM






         
 Ustaz Azam, guru jurusan Syariah disamping orang2 kuatnye..
        


 Cik Baizura yang begitu rajin sekali melayan tetamu makan.
 Sedap ke kek tu cikgu??
 Keratan rentas kek ...hmmm lemak berkrim. 

Hari ini wakil pelajar Pra U2 Syariah telah menjemput guru-guru pra u ke jamuan 'mini' kelas mereka sebelum menduduki STPM. Biarpun serba ringkas tetapi ia amat bermakna sekali bagi pelajar jurusan Syariah sebagai pembakar semangat bagi mereka menempuhi peperiksaan STPM yang akan bermula pada Isnin depan. Kami tenaga pengajar mengucapkan selamat maju jaya dan 'good luck' kepada semua pelajar Syariah serta kami mendoakan kejayaan buat mereka semua. 


Rabu, Mac 03, 2010

Pelajar Cemerlang STPM 2009


Inilah anak didik SMKPG2, iaitu pelajar-pelajar Pra U yang beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2009. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada Pra U2. Walaupun keputusan STPM tahun ini kurang memuaskan tetapi itu bukanlah faktor yang melunturkan semangat tenaga pengajar dan pelajar Pra U. Kegagalan tidak boleh dijadikan rantai emosi kita, apa yang  penting adalah semangat dan azam untuk mengatasi kegagalan hari ini ....Insyallah!
Zakuan B. Buang
 1A 1A- 1B- 1C+  
3.17


Noor Amira Bt. Nor Azman
 2A 1C+ 1C  
3.08


Rohaidan Bt. Jalil
2B+ 1B 1B-   
3.08


Siti Khairunnisa Bt. Ruslan
1A 1B- 1B- 1C+  
3.08


Siti Nur Fakhira Bt. Ismail
1A- 1B+ 1B- 1C+  
3.00


Nurul Akma Syafinah Bt. Hamizat
1A- 2B+ 1C+  
3.00


Nurul Nadia Bt. Md. Sapry
1A 1B+ 2C+  
3.00


Jumaat, Februari 26, 2010

Debaran Berakhir Jua....

Tepat jam 12 tengahari keputusan STPM 2009 telah diedarkan. Majlis penyerahan slip STPM yang serba sederhana itu bertempat di Bilik Mawar Bestari. Wajah-wajah penuh 'pengharapan' telah mengerumuni pintu masuk bilik mesyuarat itu seawal 11.30 pagi.
Guru-guru Pra U melangkah dengan tenang dan  kelihatan sabar dalam melaksanakan tugas mereka mengedarkan slip keputusan. Ada yang menangis, ada yang tersenyum dan ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajah mereka....barangkali akur dengan apa yang telah tertulis.
Walau apa sekalipun, MPPU SMKPG2 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan :

TAHNIAH!!!
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAN KAMI






Khamis, Februari 25, 2010

Debaran Keputusan STPM

Hari ini dengan rasminya keputusan peperiksaan STPM 2009 akan diumumkan. Sempena dengan itu MPPU mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada calon-calon STPM 2009 yang akan hadir ke Dewan Mawar Gemilang bagi majlis penyerahan slip keputusan STPM. Berita selanjutnya akan dimuatkan ke laman blog ini.

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback