Sabtu, Januari 29, 2011

Majlis Bacaan Yassin Pra U


Pada 28 Januari 2010 yang lepas, telah diadakan untuk kali pertamanya pada tahun ini majlis bagi meraikan hari kelahiran siswa dan siswi serta seorang pensyarah Pra-Universiti SMK Pasir Gudang 2. Majlis ini telah bermula pada jam 2.00 dan berakhir pada jam 2.00 petang.. Dalam majlis tersebut telah diadakan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Azam yang juga merupakan satu-satunya pensyarah yang diraikan.. 

~suasana semasa majlis berlangsung~

~antara wajah-wajah ceria para pensyarah yang menceriakan majlis~

~antara orang-orang kuat yang menjayakan majlis iaitu Ustaz Azam dan Puan Sanisah~

~Siswa yang terlibat~

kau hade?? XD

Rabu, Januari 26, 2011

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar




Minggu Pertama Kembali Ke Sekolah


Kami sudah kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Minggu -minggu permulaan ini kami telah dihidangkan dengan program-program yang menjurus ke arah kecemerlangan akademik. Ini adalah gambar-gambar kami di makmal komputer sewaktu program Audit Akademik. 
Hmm...kepada yang memperolehi keputusan yang tidak memuaskan,
perbetulkan niat anda ke sekolah, letakkan azam yang tinggi disertakan dengan usaha yang tidak jemu-jemu demi mencapai keputusan yang baik sewaktu STPM nanti. 

Rabu, Oktober 27, 2010

-The Day-

Majlis Gemilang Pra Universiti 
SMK Pasir Gudang 2



Selasa, Oktober 12, 2010

Bila merah dan hitam bersatu...

MAJLIS GEMILANG PRA U 
13 OKTOBER 2010
HOTEL THE ZONE REGENCY 
JOHOR BAHRU

Bahang majlis semakin terasa, seluruh warga Pra u sedang sibuk dengan persiapan majlis yang akan berlansung esok hari. Ini merupakan acara kemuncak yang diadakan setiap tahun untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar 'senior' yang bakal menamatkan pengajian mereka. 
Persiapan yang memakan masa lebih kurang 2 bulan ini di jalankan dengan begitu teliti untuk memastikan majlis ini berlansung seperti yang dirancang .
Bertemakan 'Woman In Red, Man In Black'  majlis gemilang ini pasti  meninggalkan seribu kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh warga Pra U. 













Jumaat, Oktober 01, 2010

Sentuhan Kreativiti Pelajar Pra U

Kami amat menghargai bahan yang dihasilkan oleh pelajar samada dalam bentuk penulisan atau unsur perhiasan yang dipamerkan di dalam bilik jurusan masing-masing. Berikut adalah beberapa gambar menarik yang dapat di kumpulkan. Mungkin ia tidak se'gah' mana tapi, hasil usaha dan sentuhan kreativiti pelajar adalah amat dihargai selain menjadi bahan yang dapat mencantikkan dan menceriakan kelas supaya suasana pembelajaran di sekitar blok Pra U menjadi indah dan menarik.



















Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback