Memaparkan catatan dengan label Audit akademik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Audit akademik. Papar semua catatan

Khamis, Januari 12, 2012

Audit Akademik 2012






Selamat kembali meneruskan pengajian kepada siswa dan siswi pra universiti sesi 2011-2012. Tahniah kerana anda  masih memilih medan ini untuk terus berjuang dan berusaha menjejakkan kaki ke menara gading. Sebelum kita membuka lembaran baru tahun ini, siswa dan siswi dihidangkan dengan hamparan audit akademik peperiksaan akhir tahun 2011 yang lalu. Ia dilaksanakan dengan harapan dapat dijadikan penanda aras bagi para pelajar melipatgandakan usaha disamping mencari kaedah belajar yang sesuai yang dapat membantu menaikkan keputusan mereka tahun ini. Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sewaktu audit sedang berlansung. Kepada mereka yang telah mencatatkan keputusan yang baik, teruskan berusaha agar kejayaan dapat dikekalkan dan bagi mereka yang kurang bernasib baik, perubahan sikap dan teknik belajar perlu dilakukan dengan segera. Ini bukan lagi masa untuk bermimpi....

Rabu, Januari 26, 2011

Minggu Pertama Kembali Ke Sekolah


Kami sudah kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Minggu -minggu permulaan ini kami telah dihidangkan dengan program-program yang menjurus ke arah kecemerlangan akademik. Ini adalah gambar-gambar kami di makmal komputer sewaktu program Audit Akademik. 
Hmm...kepada yang memperolehi keputusan yang tidak memuaskan,
perbetulkan niat anda ke sekolah, letakkan azam yang tinggi disertakan dengan usaha yang tidak jemu-jemu demi mencapai keputusan yang baik sewaktu STPM nanti. 

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback