Khamis, Ogos 26, 2010

Merdeka & Ramadhan Part II

  
Hari ini merupakan hari ke 16 hari kita menjalani ibadah berpuasa.  Suasana di sekitar blok Pra U semakin meriah dengan gantungan dan hiasan sempena menyambut lebaran dan kemerdekaan akan datang. 
Berikut adalah gambar-gambar suasana di blok 
Pra U....




































Sabtu, Ogos 21, 2010

Semangat Patriotik

Minggu ini tenaga pengajar Pra U seronok melihat siswa dan siswi Pra U yang bersemangat sekali menghias kelas masing-masing sempena Bulan Kemerdekaan. Gigih sungguh mereka ni..sampai sanggup bawa peralatan dari rumah semata-mata untuk mencantikkan kelas.  
Tapi...jangan pulak terlalu asyik menghias kelas sampai terlupa untuk menghayati dan mensyukuri nikmat dan erti kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak sekian lama...ok?!






















Sketsa Minggu Sains Sosial



Syabas dan tahniah di ucapkan kepada anak-anak didik Pra U1 yang berbakat dan kreatif kerana telah mempersembahkan sketsa yang lucu dan menghiburkan sempena pelancaran Minggu Sains Sosial dan Bulan Kemerdekaan 2010. Jalan cerita yang tidak meleret serta mesej yang mudah difahami beserta pelakon-pelakon yang menjiwai watak amat mencuit hati kami yang menonton sketsa ini.
Mungkin di waktu-waktu akan datang anda akan di beri peluang untuk berlakon lagi....???!! manalah tau, mungkin dari sinilah tercungkilnya bakat-bakat terpendam anak- anak Pra U1 ....semoga anda semua terus berusaha menghasilkan yang terbaik dan bermutu.

























Rabu, Ogos 04, 2010

Inspirasi Ku...

Pembentangan Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun (Setara) Pra Universiti telah menampilkan beberapa orang Pelajar Cemerlang Pra U2.
Sewaktu pembentangan ini, semua pelajar Pra U1 dan 2 telah di maklumkan tentang keputusan yang telah dicapai serta nama-nama pelajar cemerlang setiap daripada setiap jurusan.
Puan Hamizah Ibrahim selaku Setiausaha Peperiksaan telah memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai peratus pencapaian matapelajaran, peratus kelulusan, TOV, ATR serta ETR bagi STPM 2010.
Dapatkah kita mencapai sasaran kita???
Segala-galanya terletak di tangan anda!!!
Usaha + Doa + Tawakkal adalah kunci untuk mencapai apa yang kita mahu.

*Slide show berikut memaparkan barisan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang sewaktu peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai sumber inspirasi anda!






Khamis, Julai 29, 2010

Pertandingan Kawad Kaki KRS

Tarikh : 28 Julai 2010
Hari    : Rabu
Masa  : 2 - 3.30 ptg
Tahniah kepada Platun dan komander terbaik yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga anda semua terus berusaha untuk memperbaiki persembahan anda bagi masa akan datang.













Rabu, Julai 28, 2010

Kem Ibadah Sahsiah Islamiah Pra Universiti

Siswa dan siswi Pra Universiti2 telah menghadirkan diri ke Kem Ibadah pada 6,7 dan 8 Julai 2010 yang bertempat di sekitar SMKPG2. Kem ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pengisian rohani kepada siswa dan siswi Pra U yang bakal menduduki STPM tahun ini. Segala aktiviti yang diadakan telah disusun supaya ia selaras dengan objektif program yang lebih menjurus kepada aktiviti yang berbentuk kerohanian dan pembentukan sahsiah. Pelbagai maklumbalas telah diberikan oleh pelajar selepas menghadiri kem ini dan perubahan yang positif dapat di lihat di kalangan mereka. Semoga  semangat dan kesungguhan mereka untuk berjaya dalam STPM menjadi kenyataan , insyallah.






Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback