Rabu, Mei 26, 2010

Yassin Pra Universiti dan Majlis Kesyukuran

Hari ini berlansung majlis bacaan Yassin dan sambutan harijadi dan kesyukuran siswa dan siswi Pra U yang lahir pada bulan Mei. Majlis hari ini lebih meriah kerana ia turut disertai oleh siswa dan siswi Pra U 1. Bagi mereka ini merupakan kali pertama mereka menyertai majlis ini sejak mendaftarkan diri di SMK Pasir Gudang 2. Di harap agar ia menjadi tradisi Pra U setiap tahun dan semoga kita beroleh keberkatan dari majlis ilmu seperti ini selain dari mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pengajar Pra U.

Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz baru kita..
Sebilangan pelajar 'junior' yang sedang khusyuk mendengar kata-kata Ustaz Azam

Ini pula barisan siswi 'junior' yang turut hadir

Sedappp....Kek Blueberry  Fresh Cream..ada pengajar yang sponsor...!!

Ini pun sponsor....dari pelajar

Barisan pramusaji yang setia  berkhidmat

Sebahagian lagi siswi Pra U1

Sedap tak??? Tanyalah mereka ni...


Ini lah siswa dan siswi yang meraikan hari lahir pada bulan Mei....semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala-galanya dunia akhirat....

Sekitar Pertandingan Catur Bestari

Tarikh : 6 MEI 2010
Lokasi : SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI
MPPU SMK Pasir Gudang 2 telah menghantar beberapa orang wakil ke pertandingan catur bestari yang diadakan di daerah Kota Tinggi baru-baru ini.
Sebelum memulakan permainan, para peserta telah di beri penerangan tentang cara yang betul untuk mengendalikan permainan catur. Permainan ini berlandaskan syariat Islam yang mana ia mengajar para pemain untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Baik untuk perkembangan minda, pertandingan seumpama ini perlu diperbanyakkan dan di adakan setiap tahun dan disertai oleh siswa dan siswi Pra U .

Nama-nama wakil MPPU SMK Pasir Gudang 2 :
Siti Norsyahirda                            P U2 Perakaunan
Siti Aisyah                                      P U2 Perakaunan
Zaidah                                            P U2 Perakaunan
Mohd Fadzril                                  P U2 BM
Ahmad Safuan                              P U2 BM
Kamarul Shukri                             P U2 BM
Mohd Fadzley                                P U2 BM



Ahad, Mei 23, 2010

Hari Guru 2010

Cetusan rasa para pengajar buat anak didik tersayang sempena Hari Guru 2010....

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,  
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.

Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
 




Jumaat, Mei 14, 2010

Happy Teachers' Day


Kepada semua tenaga pengajar Pra Universiti SMKPG2, selamat menyambut hari guru . Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya, khasnya daripada 'kakak2' yang lebih senior dari saya.
Semoga kita semua dapat bekerja dalam satu pasukan, mempunyai ikatan persefahaman yang kukuh serta saling melengkapi di antara satu sama lain demi memartabatkan tingkatan 6 selain dari membentuk dan membantu anak-anak didik kita memperolehi kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing...
Selamat Hari Guru buat semua .
~ BlogMasterPraU~








Khamis, Mei 13, 2010

SELAMAT DATANG PRA U 1

Selamat Datang dan selamat menempuh kehidupan serba baru sebagai pelajar Pra U di SMKPG2. Ketika menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah ini, sedar atau tidak anda sebenarnya berada selangkah ke menara gading, tercapaikah cita-cita ke menara gading itu??? Semuanya terletak di bahu anda...tepuk dada tanya selera.
Telah diingatkan berulang-ulang kali, ini adalah 'medan' bagi mereka yang mempunyai daya tahan yang kuat, yang mampu menepis segala godaan yang datang serta memiliki hati yang terbuka sewaktu menerima teguran dan nasihat serta tidak cepat melatah. Jikalau anda tidak boleh menerima semua ini, dan jika hanya berada di sini untuk memberi masalah kepada semua, lebih baik anda tinggalkan medan ini sebelum ia menyesakkan nafas anda serta nafas seluruh warga  Pra U yang ada di sini.
Terdapat banyak jalan yang terbentang luas di hadapan kita, maka buatlah satu pilihan yang tepat untuk diri anda...pilihlah jalan yang sesuai dengan kebolehan serta minat anda.....Maka fikirlah...dengan semasak-masaknya.

Seandainya anda telah berazam untuk berada di medan ini selama satu setengah tahun, maka persiapkanlah mental, fizikal dan lakukanlah satu anjakan paradigma sebelum anda meniti titian kehidupan  sebagai Pelajar Pra Universiti di SMKPG2 yang ternyata penuh dengan cabaran serta onak duri yang bakal menyakitkan anda.

Buatlah satu perubahan....mulakan dengan revolusi ketrampilan fizikal - dari yang comot, selekeh dan tidak terurus kepada yang kemas,segak dan bergaya. Barulah anda layak di hormati oleh pelajar menengah rendah yang lain serta di jadikan contoh buat mereka.

Uruskan masa dengan baik!!! Tangani kerenah peribadi anda yang menjengkelkan itu. Kerana itu semua tidak perlu anda tonjolkan di medan pertempuran ini. Mereka yang gagal menguruskan masa serta tidak menghormati masa adalah golongan manusia yang akan sentiasa berada dalam kerugian.

Dalam meniti arus kehidupan sebagai siswa dan siswi Pra Universiti, terlalu banyak yang perlu anda pelajari, kutiplah setiap pengalaman anda di sini sebagai satu bentuk pengajaran yang bakal anda buat bekalan dalam menempuh hari-hari akan datang masa depan anda.....

Salam Ikhlas : BLOG MASTER PRA U

Isnin, Mei 03, 2010

S.P.O.T.C.H.E.C.K ~ Unit Sahsiah, Akhlak & Disiplin (SAD)

Baru-baru ini Unit Sahsiah,Akhlak dan Disiplin (SAD) Pra U dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)telah diadakan 'spotcheck' ke atas pelajar-pelajar Pra U.
Jangan cuba nak lari !!!






Ahad, Mei 02, 2010

Ceramah Teknik Pembelajaran Sempena Program Khas GPMS Jelajah Satu Malaysia

Pada 21 April 2010 yang lalu, satu ceramah yang berkaitan dengan teknik pembelajaran telah diadakan khusus bagi para pelajar tingkatan 5 dan Pra U oleh GPMS (Gabungan Pelajar Melayu semenanjung) yang bertempat di Dewan Mawar Gemilang SMK Pasir Gudang 2. Tahniah di atas kebersamaan pelajar Pra U di sepanjang ceramah berlansung dan nampaknya sewaktu sesi itu berlansung, mereka semua telah membuat catatan tentang apa yang mereka dengar.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa program berlansung.

Opps!! Ini bukan kami, ini adalah sebahagian daripada pelajar tingkatan 5 pada hari tersebut.
Ini pula pelajar lelaki tingkatan 5 yang turut serta dalam program tersebut.
Barisan siswi jurusan syariah...
Penceramah jemputan
Tenaga pengajar yang turut hadir

Sabtu, Mei 01, 2010

Foto Kenangan Bersama Mantan Pengetua





MINGGU BAHASA PRA UNIVERSITI

Tema : BAHASA PENGUKUH IKATAN,
PENJANA KEMAJUAN
Anjuran : Jabatan Bahasa Pra U SMK Pasir Gudang 2
Tarikh : 12- 16 April 2010
Penglibatan : Semua tenaga pengajar Jabatan Bahasa dan semua pelajar Pra U


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa diadakan sewaktu perhimpunan rasmi Pra U




Guru Bertugas pada tarikh pelaksanaan Minggu Bahasa - Pn Hamizah Ibrahim
Ucapan Ketua Jabatan Bahasa - Pn Noreen Zahari

Cenderahati tangan ingatan sempena Minggu Bahasa Pra U

Semua yang terlibat dengan aktiviti yang dijalankan sewaktu perhimpunan

Boleh jawab ke Hua Yi?? 


Tentu ada yang mencuit hati Joshua..
 Maxwell.... tersenyum manis bila berhadapan kamera.

Tiga dara jurusan Pengajian Perniagaan
Inilah dia pemenang-pemenang yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Syabas!!

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback