Selasa, April 02, 2013

KARNIVAL PERMAINAN @ KARNIVAL MUDA-MUDI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Telah berlalu Karnival Permainan 2013 pada Sabtu 16 Mac yang meyaksikan kontigen Pra U SMKPG2 meraih tempat ke 2 dalam Karnival tersebut. Dengan 1 mata yang membezakan dengan gelaran juara, pastinya kontigen SMKPG2 yang di ketuai Penolong Kanan Pra U Pn. Sanisah Miskam, Guru Kokurikulum Pn Rosrina Bachok dan Pn Jasmani Saidin agak terkilan kerana hasrat untuk mengekalkan juara tidak kesampaian, namun insyaAllah kami berusaha untuk merampas kembali kejuaraan pada tahun akan datang..Amin..


  • Bola Jaring - Tempat ke 3
  • Futsal- Johan
  • Pentaque - Perempuan tempat 3
  • Dart- Lelaki Johan
  • Catur Bestari- Tempat ke 2


FUTSAL
Kedudukan Johor Jaya (3) - Pasir Gudang 2(2), 3 saat sebelum wisel berbunyi, penjaga gol Shah Mohd. Akmal (P2BM) telah menjaring gol penyamaan. Akhirnya pasukan PG2 telah menjadi juara dengan tendangan penalti.-2-0. Tahniah kerana menghadiahkan kontigen sekolah dengan kemenangan yang dramatik!!!!

Tersenyum gembira Pn. Sanisah,
Walaupun tak dapat bergelar juara,
Usahlah rasa resah gelisah,
Tahun hadapan kita rampas takhta!!
Insya Allah!!


Shah Muhammad Akmal bin Abd. Halim, penjaga gol yang menjaringkan gol penyamaan

 Nurul Alia Farhana binti Isnin, pemain terbaik bola jaring

 Hoo Lin Hui, Pemegang Asset terbanyak



Pasukan Futsal

Pasukan Catur Bestari

Pasukan Pentaque

Pasukan Bola Jaring

Pasukan Dart

Kontigen Karnival Permainan Pra U SMKPG2 


AKSI-AKSI MENARIK SEKITAR KARNIVAL PERMAINAN











aDA gAYA tAK?  gAYA aPE??
















.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback