Pada 15 Oktober 2011 yang lalu seramai 8 orang tenaga pengajar pra universiti telah menghadiri kursus profesionalisme bertempat di Dewan Seminar Jabatan Pelajaran Johor, jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini diadakan untuk memberikan input kepada semua tenaga pengajar pra universiti berkenaan dengan halatuju pra universiti, pelaksanaan kajian dan penulisan ilmiah, pengurusan kokurikulum, folio dan lain-lain. Dengan menghadiri kursus seumpama ini guru-guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme diri dalam memantapkan pengurusan pra universiti SMKPG2, insyallah.
Berikut adalah gambar guru-guru kita di sewaktu kursus tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatkan Komen Anda