Selain dari itu, penceramah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pasir Gudang 2, Pn Surieyani Shamsudin telah mengisi slot Bual Bicara bersama ibubapa dan membicarakan tentang 'Kemanakah Anak Anda' selepas peperiksaan STPM. Melalui input yang diperolehi dari Unit Penilaian dan Peperiksaan Pra U, prestasi pelajaran anak-anak dipaparkan dan dimaklumkan kepada ibu bapa. Antara tujuan diadakan majlis ini adalah agar ibu bapa memainkan peranan dan turut serta memantau pencapaian anak mereka dalam palajaran memandangkan kemerlangan keputusan STPM merupakan kriteria penting dalam menentukan halatuju anak-anak mereka selepas ini.
Ramai ibu bapa yang prihatin hadir pada hari tersebut dan telah dialu-alukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Pra Universiti.
Adalah menjadi harapan agar SMKPG2 dapat memperbaiki keputusan STPM yang lalu serta melahirkan graduan Pra U yang berkualiti di tahun-tahun akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatkan Komen Anda