Khamis, Februari 11, 2010

Kejohanan Olahraga SMKPG2 Kali Ke 16

Tidak lengkap takwim tahunan sesebuah sekolah itu tanpa acara ini. Di SMKPG2, acara ini diadakan di setiap awal tahun persekolahan dan di sambut dalam suasana yang cukup meriah disulami semangat kesukanan yang tinggi di kalangan pelajar. Hari ini, 11 Februari 2010 berlansunglah Kejohanan Olahraga Kali Ke-16 SMKPG 2. Seluruh warga Pra U yang rata-ratanya bekas murid dari sekolah lain sekitar Pasir Gudang berpeluang merasai suasana sukan tahunan di Pasir Gudang 2 hari ini.
Mungkin suasananya tidak banyak beza dengan sekolah lama mereka dahulu dan tahun ini setelah bergelar pelajar Pra U SMKPG 2, maka wajarlah mereka sama-sama merasai kemeriahan itu memandangkan ini adalah tahun terakhir kita semua berada di persada Pasir Gudang 2.
Ramai juga atlit-atlit Pra U, khasnya rumah Baiduri yang menyumbang pungutan pingat emas dalam beberapa acara yang dipertandingkan, tidak kurang juga atlit-atlit dari rumah sukan yang lain.
Apa kata kita tengok gambar-gambar berikut ......
Dari semalam kami sudah mula menghias khemah

Hasilnya.....gabungan warna yang sangat segar!



Deretan khemah peserta rumah sukan


Rajin juga geng-geng Pra U ni berniaga kan??


 
Barisan penyambut tetamu hari ini. Amacam ok tak??

Pembawa bendera kejohanan diketuai Mohamad Firdaus

Antara wajah-wajah ceria warga Pra U

Mari kita lihat pula aksi-aksi menarik sewaktu team tarik tali Pra U bertungkus- lumus di tengah padang. Tidak sia-sia mengerah tenaga, akhirnya berjaya mendapat Naib Johan. Tahniah!!
Apa yang penting - KERJASAMA!!!!!  


Tuu dia......tarik kuat-kuat!!

Aksi presiden kita.....!



Sempat lagi bergambar...

Satu lagi pose dari team tarik tarik Pra U

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatkan Komen Anda

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback