Khamis, Mei 23, 2013

HAPPY BELATED TEACHERS' DAY....

Pergi menjala si ikan pari,
Jala di bawa di dalam peti,
Hormati guru setiap hari,
InsyaAllah hidup akan diberkati.


Tanggal 16 Mei telah diwartakan sebagai  Hari Guru di Malaysia. Sambutan yang sederhana tetapi meriah..
Alhamdulillah, walaupun bergelut dengan persiapan peperiksaan akhir semester 2, pelajar Pra U 2 masih sempat mengucapkan Hari Guru...dan memberi hadiah sekali...

Kehadiran Pra U 1 tepat pada waktunya...Dua persembahan yang mantap dari mereka. Syabas!


bacaan doa disempurnakan oleh Mohd Hfiz bin Haronizam

 Setahun sekali dapat potong kek atas pentas...

 Mr. Balvinder Singh mengetuai ikrar guru..Kami berjanji....
 Lagu yg hanya dinyanyikan setahun sekali.  

Sajak berlagu..Dari PraU 1. Syabass...



 Pertandingan buat kapalterbang..

 Persembahan Yoyo Cina.. 



 Johan Pertandungan Sketsa ..Kelab Bahasa. .Kerana Sepasang Kasut

 Persembahan Penutup Dikir Barat..

Mantappp!!! Walaupun baru ditubuhkan,,,
Untuk tempahan hubungi,.....013 .....
Bakat terpendam Pra u 1 


Rabu, Mei 22, 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI !!!

Tahniah dan Selamat Datang!!!

Tanggal 8hb Mei 2013 bermulalah episod baru bagi...pelajar baru, hari pertama...lebih 200 datang mendaftar..hari kedua angka hampir mencecah 250 pelajar..hari ketiga jumlah ada sikit penurunan...199 pelajar..Mudah-mudahan pelajar yang memilih untuk kekal di Pra U bertekad untuk memulakan perjalanan yang baru untuk menuju ke destinasi yang diidamkan...Menara Gading..Amin....

Minggu Suaimesra bagi pelajar baru telah diadakan mulai 8 - 15 Mei 2013. Taklimat-taklimat dan Latihan dalam kumpulan diharapkan dapat meberikan pelajar satu senario tentang pembelajaran di Pra U.

Sorong papan tarik papan,
Papan di Jawa kami dirikan,
Selamat Datang Kami Ucapan..
Disiplin dan sahsiah perlu diutamakan.

Anak Melayu, India dan Cina,
Ada juga Iban, Kadazan dan lainnya,
Pelbagai kaum, pelbagai warna,
Ayuh bersatu di PG2..

Sudah sedia semua?

Dah lama tak pergi sekolah...





Belum mula sekolah beg besar2, jgn kelas mula nanti bwk handbag je..


Aktiviti dalam kumpulan..




                       
 Program Suri Teladan.. Perkongsian Pengalaman

 Mudah-mudahan dapat melakar sejarah cemerlang di PG2..

Amin....


Selasa, April 30, 2013

API!! API!! API!! LATIHAN KEBAKARAN...

Latihan kebakaran merupakan acara tahunan, pada hari Khamis bersamaan 25 April 2013, satu latihan kebakaran telah diadakan. Alhamdulillah semuanya selamat...Tiada yang terbakar..



 Api!!! Api!!!

PAnas..nota Sejarah menjadi mangsa..
 Sempat selamatkan makanan...
Berkumpul di padang
 Dua orang abang bomba yang kacak..

 Demonstrasi...pengunaan alat pemadam api..





Tn Hj. Sukor bin Jait PK HEM SMKPG2 turut mencuba..


Kuat jugak PK Pra U kita Pn Sanisah Miskam mengangkat alat pemadam api


Syabas.. Api marak berjaya dipadamkan..








 Asap berkepul


Alahamdulillah latihan kebakaran selesai...
bersiap untuk periksa percubaan Sejarah pula..




Selasa, April 23, 2013

KARNIVAL JOM MASUK U 2013









Pada 13 dan 14 April , telah  berlangsungnya karnival JOM MASUK 2013 bagi negeri Johor, karnival selama dua hari ini akan bertempat di Persada Johor. Karnival Jom Masuk U diadakan, bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS sesi 2013/2014. Lepasan SPM, Lepasan STPM dan setaraf amatlah digalak untuk meluangkan masa menyertai karnival ini sesungguhnya banyak input yang akan diperolehi kelak.
Pelajar Pra U SMK Pasir Gudang juga tidak ketinggalan turut serta melawati karnival tersebut. 3 buah bas disediakan bagi pelajar sekolah SMK PAsir Gudang 2...Moga karnival JOM MASUK U ini menjadi semangat untuk pelajar berusaha lebih giat lagi....Amin




Tempat berlangsungnya Karnival....


 Sementara menunggu bas


 Kyusuk mendengar penerangan...

 Boleh aku masuk U ni???? InsyaAllah


Baru tengok pameran dah dah dapat beg U...


 Dapat banyak info ke dapat goody bag banyak?


Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback