Khamis, Mac 14, 2013

KEPUTUSAN STPM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat pelajar-pelajar STPM 2012....
Masa yang dinantikan telah tiba...... 

Dah pakai baju jangan lupa seluar,
Kacak bergaya dan sangat lawa,
18 Mac Hari Isnin STPM keluar,
Moga apa diinginkan tercapai jua.

Pastikan rambut tidak berkarat,
Lihat cermin sebelum berangkat,
Berpakaian sopan menutup aurat,
Moga semua memperoleh berkat.


Maka dengan pantun diatas, diharap pelajar STPM 2012 dapat hadir dengan berpakaian kemas dan pastinya menutup aurat.

Tentatif program:

12:00 pm             Bacaan doa
12:40-1.00 pm    Pengumuman rumusan keputusan STPM 2012 dan penyerahan sijil penghargaan.
1:00 - 1:30 pm     Penyerahan slip STPM kepada pelajar

Rabu, Mac 13, 2013

JPAM KEMBALI LAGI

Setelah berehat seminggu JPAM bertemu lagi pada minggu ini..(12 MAC 2013)
Dimulakan dengan latihan kawad diikuti dengan latihan pengendalian perhimpunan mingguan.



 Maka kami...

 rakyat Malaysia...


berikrar....

Tujuan sama..walau saiz berbeza..

Senyum2.. Sir Balvinder ambil gambar.

BICARA SISWA 12 MAC 2013


TAHNIAH kepada Mohd Isman Iskandar.(P2SY).Tugasan bicara siswa dapat digalas dengan baik..Begitu juga pengerusi majlis Nur Hidayah binti Ahmad (P2SY)

( Mohd Isman Iskandar AC15)

Intipati bicara siswa minggu ini..

Pepatah Melayu, “ Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Maka janganlah kata-kata dikeluarkan sesuka hati tanpa memikirkan akibat daripada  pertuturan yang diucapkan pasti buruk padahnya..

ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap benar

Perkataan yang baik

Kurangkan bercakap

Jelas dan terang

Jadikanlah setiap pertuturan itu sebagai ibadah. Moga  dinilai oleh Allah sebagai suatu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata yang baik juga adalah suatu sedekah.

Khamis, Mac 07, 2013

KEJOHANAN BOWLING MSSD PASIR GUDANG


Kejohanan boling 10 pin dijalankan pada 26,27 dan 28 Februari bertempat di Daiman Bowl. Pra U SMKPG2 tidak ketinggalan menghantar wakil.
Wakil-wakilnya.....
1. Irwan Darus
2. Mohd. Hafiz bin Haronizan
3. Mohd Isman Iskandar
Mohd Khalid Yahya
5. Nur 'Ain Atikah Mohd
6. Syarifah Amirah Hamzah Al Jamalulail
7. Siti Hajar Nahrawi
8. Nur Fitraha Che' Ros
9. Nor Hafizah Liyana Harun
10. Afifah Razali
11. Nur Yasmin Fatin Yaakob

 Peserta Mohd. Hafiz bin Haronizan telah berjaya mendapat tempat ke 8 daripada 25 peserta. Tahniah!! Menurut beliau, ini merupakan kemenangan sulung beliau. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sukan sebelum ini. 

 Pendaftaran
 Guru pengiring Pn. Mahani Mahmud dan En. Balvinder Singh
 Bakal mewakili negara??
 Taklimat dari urusetia
 Teruja kali pertama wakil sekolah
 DAIMAN BOWL


 Boleh ke pelajar aku menang???
Mana nama Hafiz ni??
 Kemenangan sulung sejak bergelar pelajar. Tahniah!! Simpan bagi cucu tengok.
 Bersama pemenang arus perdana.

Hari penyampaian hadiah...28 Februari 2013

Rabu, Mac 06, 2013

BICARA SISWA PERUBAHAN...



Assalamualaikum dan Salam Sejatera,
Rasa-rasanya  ramai yang terkesan dengan Bicara Siswa minggu ini. Tajuknya mudah dan ringan Perubahan  tapi isinya menarik dan mantap.. Gaya penyampaiannya bersahaja. BICARA SISWA Berpotensi nampaknya pelajar ini. Tulah bak kata pepatah..Belum cuba belum tahu..

Tahniah Mohd. Ridzuan Bin Ahmad
(Protege Teacher Mahani)

















Intipati BICARA SISWA...
Kita perlu berubah ke arah yang lebih positif, Jangan hanya selesa dengan keadaan yang sedia ada. Jangan harapkan berubahan yang mendadak. Lakukan perubahan walaupun sedikit.

Isikan tempat kosong..

PERUBAHAN..
Kalau malas, jadilah_____________,
Kalau degil, jadilah_______________,
Kalau kedekut, jadilah_______________,
Kalau tak hormat guru, ubahlah,
Kalau tinggal solat____________,
Kalau malas doa,__________________.
Kalau belum siap PBS,_______________,
Kalau belum bayar hutang buku, _____________,
Kalau yang negatif, ____________________.

Mudah-mudahan apa yang dicoret hari ini dapat dimanafaatkan AMIN!!





BAUCER BUKU SATU MALAYSIA (BB1M)


Tanggal 1 Mac Jumaat pagi,
Baucer buku Pra U telah diberi,
Setiap nikmat harus disyukuri,
Amanah berbelanja perlu dituruti.

BB1M rezeki Allah yang beri,
Untuk belian buku berkualiti,
Novel dan komik jangan dibeli,
Buku rujukan jangan dikurangi.

Jadi jugaklah pantun kali ni.. Walaupun tak sehebat cikgu Kesusasteraan Melayu (En. Balvinder Singh)
Alhamdulillah, Baucer Buku 1 Malaysia telah selamat diagihkan pada Jumaat,1 Mac yang lalu. Baucer 5 keping, yang bernilai RM50 setiap satu diharap dapat mengurangkan beban para pelajar. Gunakanlah dengan bijak.

Amanat dari Pengetua Pn. Hjh Zainab binti Johari

Penberian baucer disempurnakan oleh Pegetua Pn. Hjh Zainab bt. Johari
diiringi oleh Penolong Kanan Pra U Pn Sanisah binti Miskam











Maka dengan ini gunalah BB1M dengan penuh amanah. Beli buku yang perlu. Buku yang telah diambil dulu pun boleh bayar pakai baucer buku. (Gambar ikhsan dari Irwan Darus..Gambar-gambar lain akan dimuatnaik kemudian)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H



Adeef dan Khalid kacak bergaya,
Dua jejaka juruacara berkaliber,
Maulidur rasul telah berlalu dengan jaya,
Moga sunnah dan akhlak menjadi sumber.

Wah!!!! Hebat tak? (Nak kalahkan Ridwan P2BM)...
Alhamdulillah walaupun maulidur rasul telah berlalu (Sabtu, 23 Januari) namun, penghayatannya kekal hingga kini. Ditengah-tengah kekalutan PBS pelajar Pra U SMKPG2 nampaknya dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan sambutan maulidur rasul. Lebih membanggakan lagi Pra U juga memenangi tempat kedua dalam 2 kategori yang dipertandingkan. Kain Rentang dan Perarakan berselawat. Tahniah!! 
Daftar dulu....

Juruacara sebelum memulakan majlis. 

Kain Rentang dan perarakan yang memenangi tempat ke 2


Macam boleh menang tempat pertama je...

Wajah-wajah ceria...
Selawat...diketuai oleh Hafiz Haronizam
Sama-sama berselawat....

Terngiang-ngiang ..wahai purnama.. wahai purnama..

Warna baju macam sama tapi apa yang lain ek?

Mantap!!! brosur maulidur rasul...

Rezeki hari ini...

Sajak disampaikan oleh...Rohana..

Alia dan Khalid....... (konon nak buat pantun.. ilham tidak kunjung tiba ..)
Tokoh maulidur rasul Pra U.


Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback