Khamis, Mei 23, 2013

HAPPY BELATED TEACHERS' DAY....

Pergi menjala si ikan pari,
Jala di bawa di dalam peti,
Hormati guru setiap hari,
InsyaAllah hidup akan diberkati.


Tanggal 16 Mei telah diwartakan sebagai  Hari Guru di Malaysia. Sambutan yang sederhana tetapi meriah..
Alhamdulillah, walaupun bergelut dengan persiapan peperiksaan akhir semester 2, pelajar Pra U 2 masih sempat mengucapkan Hari Guru...dan memberi hadiah sekali...

Kehadiran Pra U 1 tepat pada waktunya...Dua persembahan yang mantap dari mereka. Syabas!


bacaan doa disempurnakan oleh Mohd Hfiz bin Haronizam

 Setahun sekali dapat potong kek atas pentas...

 Mr. Balvinder Singh mengetuai ikrar guru..Kami berjanji....
 Lagu yg hanya dinyanyikan setahun sekali.  

Sajak berlagu..Dari PraU 1. Syabass...



 Pertandingan buat kapalterbang..

 Persembahan Yoyo Cina.. 



 Johan Pertandungan Sketsa ..Kelab Bahasa. .Kerana Sepasang Kasut

 Persembahan Penutup Dikir Barat..

Mantappp!!! Walaupun baru ditubuhkan,,,
Untuk tempahan hubungi,.....013 .....
Bakat terpendam Pra u 1 


Rabu, Mei 22, 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI !!!

Tahniah dan Selamat Datang!!!

Tanggal 8hb Mei 2013 bermulalah episod baru bagi...pelajar baru, hari pertama...lebih 200 datang mendaftar..hari kedua angka hampir mencecah 250 pelajar..hari ketiga jumlah ada sikit penurunan...199 pelajar..Mudah-mudahan pelajar yang memilih untuk kekal di Pra U bertekad untuk memulakan perjalanan yang baru untuk menuju ke destinasi yang diidamkan...Menara Gading..Amin....

Minggu Suaimesra bagi pelajar baru telah diadakan mulai 8 - 15 Mei 2013. Taklimat-taklimat dan Latihan dalam kumpulan diharapkan dapat meberikan pelajar satu senario tentang pembelajaran di Pra U.

Sorong papan tarik papan,
Papan di Jawa kami dirikan,
Selamat Datang Kami Ucapan..
Disiplin dan sahsiah perlu diutamakan.

Anak Melayu, India dan Cina,
Ada juga Iban, Kadazan dan lainnya,
Pelbagai kaum, pelbagai warna,
Ayuh bersatu di PG2..

Sudah sedia semua?

Dah lama tak pergi sekolah...





Belum mula sekolah beg besar2, jgn kelas mula nanti bwk handbag je..


Aktiviti dalam kumpulan..




                       
 Program Suri Teladan.. Perkongsian Pengalaman

 Mudah-mudahan dapat melakar sejarah cemerlang di PG2..

Amin....


Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback