Khamis, Mac 21, 2013

KEPUTUSAN STPM PENGGAL 1 SESI 2012/2013




Assalamualaikum,

Keputusan STPM penggal 1 sesi 2012/2013 akan boleh disemak pada 21 MAC 2013 mulai 12 tengahari.
Kami warga Pra U dan pentadbir sekolah mendoakan mudah-mudahan keputusan diperolehi cemerlang dan menepati target anda. Redha dengan apa jua keputusan yang diterima. InsyaAllah keputusan yang lebih baik menanti..Amin...

Untuk semak keputusan anda layari..

http://webmpm.mpm.edu.my/stpm_result

Rabu, Mac 20, 2013

STPM ULANGAN (TARIKH-TARIKH PENTING)

PENGUMUMAN

STPM TERMINAL TELAH DIMANSUHKAN.

Maka sebarang ulangan bagi memperbaiki STPM 2012 adalah melalui sistem STPM BAHARU
( MODULAR) yang akan dibuat dalam tempoh 3 penggal.
Pendaftaran ONLINE Peperiksaan STPM 2013 bagitu tujuan memperbaiki keputusan Peperiksaan STPM 2012 (melalui sistem modular) dibuka mulai 18 MAC - 26 APRIL 2013 

Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi Penggal 1 dan Penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Kerja kursus/Kertas 4) bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan STPM 2012 akan dilaksanakan pada penggal 2


Untuk keterangan lanjut sila layari www.mpm.edu.my (STPM Baharu > Pendaftaran Menduduki Peperiksaan)  

PERJUANGAN BELUM SELESAI (STPM 2012)

Assalamualaikum...

Indah malam bulan bercahaya,
Dibuai mimpi indah belaka,
Ucapan tahniah pada yang berjaya,
InsyAllah laluan ke universiti telah terbuka.

Mimpi indah ketika lena,
Mimpi hingga ke negeri Melaka,
Yang kurang berjaya usah gulana,
Jalan kejayaan lain masih terbuka.

Alhamdulillah keputusan STPM 2012 yang merupakan STPM sistem terminal yang terakhir tidak menghampakan sekolah dan khususnya warga pra u. Walaupun pada hakikatnya pentadbir sekolah dan warga pra u ingin menyaksikan semua pelajar STPM 2012 mendapat 3 pointer ke atas namun kami redha dengan keputusan yang diperolehi. Diharap pelajar STPM 2012 pun begitu jua. Perjuangan kamu masih belum tamat. Banyak lagi peluang-peluang diluar sana. InsyaAllah.

SEPINTAS LALU KEPUTUSAN STPM 2012

  • Peratus lulus -96.59% meningkat 1.24%
  • Pengajian Am - 63.64%
  • Bahasa Melayu - 66.67%
  • Sejarah - 72.73%
  • Ekonomi - 48.48%
  • Pengajian Perniagaan - 81.63%
  • Syariah - 80%
  • Pendidikan Seni Visual - 97.56%
Dimulakan dengan bismillah dan doa

Amin....

Kata alu-aluan dari Pn. Hjh Zainab Johari Pengetua SMKPG2

Pn. Norizan Sariat.(SU STPM) Diumumkan keputusan STPM 2012 telah......

Gementar...

Bila nak umum ni??

Alhamdulillah.. Meningkat!

Hello Mak! Alhmdulillah...


Abang-abang yang cool. Dah berusaha..Apa jua Aku redha kehendakNya

Mendahului senarai Seow Qianru 3.67

Khong Chan Hong 3.59

Nurul Fatin Alia Abdul Aziz 3.58

 Aimi Nazihah binti A'adnan 3.58

Nursyifa Shahida Bahrin 3.50

Nur Hayati binti Jumadi 3.50

Muhammad Rahmat bin Abdul Razak 3.34

Gary Anak Bennet 3.33

Natasha Amira binti Samsul Kamal 3.25

Nurul Farahizzati binti Adam 3.25


Noorsuhana binti Muhammad Zunaini 3.25

Jayasudha a/p Modan Sudar 3.17

Yang tidak dapat hadir:
  • Salihah binti Saimin 3.50
  • Fatin Hazira binti Mohd Sudin 3.25
  • Nor Adila Fasha binti Zainudi 3.00


Keputusannya.......

Pn. Sanisah MIskam. Boss Pra u ...Terharu.....


Alhamdulillah.....


Kata-kata perangsang dari Ustaz Azam Ramlan


Sanggup mengambil cuti....

Berkongsi kejayaan dengan bonda tercinta....


Akhir sekali, terimalah keputusan dengan redha dan hati terbuka...Muhasabah diri..Segala yang berlaku ada hikmahnya dan atas kehendakNya jua..InsyaAllah. Bagi pihak tenaga pengajar Pra U kami senantiasa mendoakan kejayaan anda...Amin,,





Khamis, Mac 14, 2013

KEPUTUSAN STPM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat pelajar-pelajar STPM 2012....
Masa yang dinantikan telah tiba...... 

Dah pakai baju jangan lupa seluar,
Kacak bergaya dan sangat lawa,
18 Mac Hari Isnin STPM keluar,
Moga apa diinginkan tercapai jua.

Pastikan rambut tidak berkarat,
Lihat cermin sebelum berangkat,
Berpakaian sopan menutup aurat,
Moga semua memperoleh berkat.


Maka dengan pantun diatas, diharap pelajar STPM 2012 dapat hadir dengan berpakaian kemas dan pastinya menutup aurat.

Tentatif program:

12:00 pm             Bacaan doa
12:40-1.00 pm    Pengumuman rumusan keputusan STPM 2012 dan penyerahan sijil penghargaan.
1:00 - 1:30 pm     Penyerahan slip STPM kepada pelajar

Rabu, Mac 13, 2013

JPAM KEMBALI LAGI

Setelah berehat seminggu JPAM bertemu lagi pada minggu ini..(12 MAC 2013)
Dimulakan dengan latihan kawad diikuti dengan latihan pengendalian perhimpunan mingguan.



 Maka kami...

 rakyat Malaysia...


berikrar....

Tujuan sama..walau saiz berbeza..

Senyum2.. Sir Balvinder ambil gambar.

BICARA SISWA 12 MAC 2013


TAHNIAH kepada Mohd Isman Iskandar.(P2SY).Tugasan bicara siswa dapat digalas dengan baik..Begitu juga pengerusi majlis Nur Hidayah binti Ahmad (P2SY)

( Mohd Isman Iskandar AC15)

Intipati bicara siswa minggu ini..

Pepatah Melayu, “ Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.
Maka janganlah kata-kata dikeluarkan sesuka hati tanpa memikirkan akibat daripada  pertuturan yang diucapkan pasti buruk padahnya..

ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap benar

Perkataan yang baik

Kurangkan bercakap

Jelas dan terang

Jadikanlah setiap pertuturan itu sebagai ibadah. Moga  dinilai oleh Allah sebagai suatu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata yang baik juga adalah suatu sedekah.

Khamis, Mac 07, 2013

KEJOHANAN BOWLING MSSD PASIR GUDANG


Kejohanan boling 10 pin dijalankan pada 26,27 dan 28 Februari bertempat di Daiman Bowl. Pra U SMKPG2 tidak ketinggalan menghantar wakil.
Wakil-wakilnya.....
1. Irwan Darus
2. Mohd. Hafiz bin Haronizan
3. Mohd Isman Iskandar
Mohd Khalid Yahya
5. Nur 'Ain Atikah Mohd
6. Syarifah Amirah Hamzah Al Jamalulail
7. Siti Hajar Nahrawi
8. Nur Fitraha Che' Ros
9. Nor Hafizah Liyana Harun
10. Afifah Razali
11. Nur Yasmin Fatin Yaakob

 Peserta Mohd. Hafiz bin Haronizan telah berjaya mendapat tempat ke 8 daripada 25 peserta. Tahniah!! Menurut beliau, ini merupakan kemenangan sulung beliau. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sukan sebelum ini. 

 Pendaftaran
 Guru pengiring Pn. Mahani Mahmud dan En. Balvinder Singh
 Bakal mewakili negara??
 Taklimat dari urusetia
 Teruja kali pertama wakil sekolah
 DAIMAN BOWL


 Boleh ke pelajar aku menang???
Mana nama Hafiz ni??
 Kemenangan sulung sejak bergelar pelajar. Tahniah!! Simpan bagi cucu tengok.
 Bersama pemenang arus perdana.

Hari penyampaian hadiah...28 Februari 2013

Rabu, Mac 06, 2013

BICARA SISWA PERUBAHAN...



Assalamualaikum dan Salam Sejatera,
Rasa-rasanya  ramai yang terkesan dengan Bicara Siswa minggu ini. Tajuknya mudah dan ringan Perubahan  tapi isinya menarik dan mantap.. Gaya penyampaiannya bersahaja. BICARA SISWA Berpotensi nampaknya pelajar ini. Tulah bak kata pepatah..Belum cuba belum tahu..

Tahniah Mohd. Ridzuan Bin Ahmad
(Protege Teacher Mahani)

















Intipati BICARA SISWA...
Kita perlu berubah ke arah yang lebih positif, Jangan hanya selesa dengan keadaan yang sedia ada. Jangan harapkan berubahan yang mendadak. Lakukan perubahan walaupun sedikit.

Isikan tempat kosong..

PERUBAHAN..
Kalau malas, jadilah_____________,
Kalau degil, jadilah_______________,
Kalau kedekut, jadilah_______________,
Kalau tak hormat guru, ubahlah,
Kalau tinggal solat____________,
Kalau malas doa,__________________.
Kalau belum siap PBS,_______________,
Kalau belum bayar hutang buku, _____________,
Kalau yang negatif, ____________________.

Mudah-mudahan apa yang dicoret hari ini dapat dimanafaatkan AMIN!!





Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback