Khamis, Januari 19, 2012

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar







MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR PRA UNIVERSITI 2012

Hari ini berlansungnya majlis pelantikan yang telah diadakan sewaktu perhimpunan mingguan pra universiti yang bertempat di Dewan Mawar Gemilang SMKPG 2. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pra Universiti, Pn Sanisah bt Miskam diiringi oleh Guru Kokurikulum Pn Noraini bt Mohd Hanapiah.
Berikut adalah senarai nama pelajar yang menerajui barisan MPPU sesi 2011-2012 :
Presiden : Mohamad Hafizuddin b Johari
Naib Presiden : Suhana bt  Mohamad Rozi
Setiausaha : Nur Fatin Nasuha bt Ismail
Naib Setiausaha : Nuraini bt Mohd Hashim
Biro Disiplin: Nuranisah bt Jamal, Nurul Raihanah bt Mohd Noh,Fatin Syahirah Hani bt Abi Yazid
Biro Agama&Kebajikan : Syed Muse b Syed Abu Bakar, Mohd Helmi b Hamzah, Muhammad Safwan b Haronizan
Biro Akademik : Mohamad Firdaus b Mohamad Redza, Jayasudha a/p Modan Sundar, Nurul Fatin Alia bt Abdul Aziz
Biro Multimedia : Syahirul Hazim b Zulkifli, Mohamad Haniff b Md Ab.Aziz,Wan Noraliea Syafiqa bt Wan Talib
Biro Rekreasi/Sukan : Muhammad Zainul Ariffin b Zulkefli, Muhammad Rahmat b Abdul Razak, Aimi Nazihah bt Adnan, Nurul Farahizzati bt Adam

Barisan Pengawas Pra U:
Ketua Pengawas : Muhammad Safwan b Haronizan
Penolong Ketua Pengawas : Nurliyana bt Kaharuddin
Bendahari : Noor Suhana bt Muhammad Zunaini
Setiausaha : Jayasudha a/p Modan Sundar
P.A System : Muhammad Hafizhuddin b Rooslan
Pengawas : Nur Shahirah bt Amin, Koggilavanee a/p Santrachegaran, Nurul Fatin Alia bt Abdul Aziz, Nur Syafawani bt Juffri, Syahirul Hazim b Zulkifli, Fatin Shahirah Hani bt Abi Yazid, Muhd Naien Hasnizam b Muhd Yusof, Khong Chan Hong, Seow Qian Ru, Elias b Ishak

Barisan Pengawas Pusat Sumber 2012
Reynold anak John
Nur Azim Aqilah bt Rumain
Nur Fazilah bt Abu Hanipah
Salihah bt Saimin
Nor Adila Fasha bt Zunaidi
Siti Norshuhaiba bt A. Rashid
Fatin Hazirah bt Mohd Sudin
Angela Fediana bt Ching
Gomathi a/p Govindasamy
Salwa bt Yunos
Noraneesa bt Kamaruddin
Mohd Alif b Nine
Gary anak Bennet
Syariena bt Ahmad

Ketua dan Penolong Jurusan:
Pengajian Perniagaan : Muhd Naien Hasnizam b Mohd Yusof, Nurul Farahizzati bt Adam
Bahasa Melayu : Mohamad Helmi b Hamzah, Sarmila a/p Sandaram
Perakaunan : Elias b Ishak, Nur Fatin Nasuha bt Ismail
Syariah : Mohamad Haniff b Md Ab. Aziz, Mareena bt Razali





Rabu, Januari 18, 2012

BIG WALK @ Bukit Layang-layang Pasir Gudang.

Rabu 18hb Januari dan Khamis 19 hb Januari 2012,perjumpaan Kelab, Persatuan dan Permainan telah diadakan di Bukit Layang-layang. Di kedua-dua haritersebut kami juga telah beramai-ramai ber 'Big Walk' di sekitar kawasan tasik Bukit Layang-layang. Memang seronok sekali sekala berubah angin...terasa begitu segar sekali apabila kesemua aktiviti perjumpaan kami adakan di situ. Kalau boleh...tiap-tiap minggu kami mahu ke sini menghirup udara segar sambil membakar kalori.. Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan.







Khamis, Januari 12, 2012

Tazkirah Harian Pra Universiti

'Amanah'- begitulah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azam Darusa pagi ini. 
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud :
" Maka tunaikanlah oleh orang yang diberi amanah itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya"
Berdasarkan daripada firman Allah yang dipetik, ia menjelaskan kepada kita bahawa amanah adalah sifat mukmin sejati. Orang yang sempurna imannya akan memiliki sifat ini. Tetapi sejauh manakah kita menunaikan amanah yang diberikan kepada kita. Misalnya kita telah diamanahkan belajar dan menuntut ilmu di sekolah tetapi  adakah kehadiran kita ke sekolah disertai dengan niat untuk menuntut ilmu dan dengan rasa penuh tanggungjawab kita melaksanakannya? Begitulah antara soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Azam kepada siswa dan siswi pra universiti pada sesi tazkirah pagi ini. Banyak lagi topik-topik menarik yang bakal menjadi santapan minda para pelajar yang hadir awal ke perhimpunan. Bagi yang ingin menyertai bacaan Al-Ma'thurat silalah hadirkan diri ke tapak perhimpunan seawal jam 7 pagi setiap hari bagi menyertai aktiviti ini. Semoga anda semua beroleh barakah, dipermudahkan dan dibukakan hati untuk menerima ilmu setiap hari.




Audit Akademik 2012






Selamat kembali meneruskan pengajian kepada siswa dan siswi pra universiti sesi 2011-2012. Tahniah kerana anda  masih memilih medan ini untuk terus berjuang dan berusaha menjejakkan kaki ke menara gading. Sebelum kita membuka lembaran baru tahun ini, siswa dan siswi dihidangkan dengan hamparan audit akademik peperiksaan akhir tahun 2011 yang lalu. Ia dilaksanakan dengan harapan dapat dijadikan penanda aras bagi para pelajar melipatgandakan usaha disamping mencari kaedah belajar yang sesuai yang dapat membantu menaikkan keputusan mereka tahun ini. Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sewaktu audit sedang berlansung. Kepada mereka yang telah mencatatkan keputusan yang baik, teruskan berusaha agar kejayaan dapat dikekalkan dan bagi mereka yang kurang bernasib baik, perubahan sikap dan teknik belajar perlu dilakukan dengan segera. Ini bukan lagi masa untuk bermimpi....

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback