Ahad, Februari 28, 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Kesyukuran

Majlis Bacaan Yaasin dan kesyukuran Pra Universiti diadakan setiap bulan .Pengisian aktiviti ini adalah bacaan surah yaasin, tazkirah dan baru-baru ini selawat sempena Maulidur Rasul. Aktiviti ini disertai oleh seluruh warga Pra Universiti
SMK Pasir Gudang 2.



Jumaat, Februari 26, 2010

Debaran Berakhir Jua....

Tepat jam 12 tengahari keputusan STPM 2009 telah diedarkan. Majlis penyerahan slip STPM yang serba sederhana itu bertempat di Bilik Mawar Bestari. Wajah-wajah penuh 'pengharapan' telah mengerumuni pintu masuk bilik mesyuarat itu seawal 11.30 pagi.
Guru-guru Pra U melangkah dengan tenang dan  kelihatan sabar dalam melaksanakan tugas mereka mengedarkan slip keputusan. Ada yang menangis, ada yang tersenyum dan ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajah mereka....barangkali akur dengan apa yang telah tertulis.
Walau apa sekalipun, MPPU SMKPG2 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan :

TAHNIAH!!!
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAN KAMI






Khamis, Februari 25, 2010

Debaran Keputusan STPM

Hari ini dengan rasminya keputusan peperiksaan STPM 2009 akan diumumkan. Sempena dengan itu MPPU mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada calon-calon STPM 2009 yang akan hadir ke Dewan Mawar Gemilang bagi majlis penyerahan slip keputusan STPM. Berita selanjutnya akan dimuatkan ke laman blog ini.

Kotak Cadangan

Catatkan cadangan anda di sini
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback